Aku Addict Dengan Siri FRIEND!!

Salam.

Sekarang nie aku jarang sangat blogwalking dan update entri, cuma hari nie aku bagi sedikit masa untuk update dan melawat blog kamu. Semuanya bukan aku sibuk dengan hal pelajaran atau sebagainya, cuma satu iaitu aku ter'addict' dengan siri FRIENDS. Korang boleh bayangkan 10 season tue macam aku dah boleh hafal setiap part dalam cerita tue. Sebelum buat entri nie pun, sempat lagi layan satu episod dari season 9.

siri FRIENDS nie memang best melampau...
Okay, kita imbas balik 3 bulan yang lepas bagaimana bermulanya ketagihan melampau aku terhadap siri tersebut!

Pada cuti lepas, aku berada di rumah, kebetulan abang aku yang bekerja di KL balik kampung. Abang aku memang kaki TV. Maksudnya, dia suka sangat tengok TV, tapi sekarang dia bekerja, jadi peluang nak tengok TV memang berkurang ke tahap maksimum. Penyelesaiannya, dia kenalah beli CD cerita TV tersebut, dah salah satu ialah FRIENDS.

Pendek cerita, dia bagi aku first season untuk cerita FRIENDS dia. FIRTS SEASON SAHAJA!! Jadi masa tue, aku yang masa friends ditayangkan di TV memang aku tak layan, memang tak tahu mana pun pasal siri FRIENDS ni, cuma tahu yang cerita nie kelakar la. Aku ambil je la CD yang abang aku bagi tanpa banyak soal.

Pendek Cerita lagi, Aku sampai ke UKM nie. Satu hari sabtu yang membosankan aku pun tengok la CD FRIENDS kepunyaan abang aku tersebut. Di situ, Saat itu, bermulalah ketagihan tahap petala ke-17 aku terhadap siri FRIENDS. Kalau tanya member yang selalu lepak bilik aku, diorang memang tahu kegilaan aku nie. Tak habis3 lagi setelah nak masuk 3 bulan kot huhu.

p/s : season 1 abang aku punya, lagi 9 season aku beli sendiri...apakah??

Salam.

Ulasan

hans berkata…
aku suka citer Charmed
Apekah??? 9 season tu ko beli??? Download laa.. Ko kan kaki download.. Kat citrus pink tu takde ke? Hik hik.. ;p

~ tahap petala 17.. mmg sangat tinggi.. haha..
Azuan berkata…
tak..lagipun lambat kalu download haha..beli boleh tgk terus..x mahal mana pun 25 hinggit 6 season haha
Ouh.. Mu cetak rampok ekkkkkk.. Aiyooo.. Hahahaha.. Ptut laa jarang berupdate.. Ingatkan dah lupakan daku.. Layan friends rupanya.. ;p
A.A berkata…
haha
i pun minat gle cte friends ni
tp season 9 n 10 x tgk lg sbb xde punca nak sedut
season 1-7 arwah abg ade beli cd de dulu2

skrg smgt dload cte gg ngan house je
supernatural pun dh x tgk sgt
Solehah berkata…
hehe..pernah jgk tengok, tp sbb x tau hujung pangkal tak addicted la..huhu..tanak tgk..kang kene beli beli sampai 9 seasons.
Solehah berkata…
hehe..pernah jgk tengok, tp sbb x tau hujung pangkal tak addicted la..huhu..tanak tgk..kang kene beli beli sampai 9 seasons.
mishl i n z berkata…
huaaa. dah lama tak tgk TV. selaen friends, suka sgt sgt heroes!!
hee
MR.Z berkata…
jangan sampai tak tido dah la coz addict sgt tengok citer ni..hehe

btw sy suka supernatural :D
chokio_nia berkata…
uish...memang gle addicted dah ne..ko beli ke??apsal tak donlod je??