Poster dan Trailer Movie Kampung Drift

kampung drift poster
Kampung Drift 2016 Poster

Satu lagi filem permotoran yang bakal ditayangkan pada bulan hadapan (baca: 4 ogos 2016) bertajuk Kampung Drift. Filem ini diarahkan oleh Nevin Heong dan diterbitkan oleh Mico Studio Sdn Bhd. Barisan pelakon yang terlibat adalah Syafie Naswip, Pekin Ibrahim, Pablo Amirul, Fatin Afeefa, Puovin Sandera, Chen Sin Foo, Jazli Hassan, Fazli Razali, Kamarol Haji Yusuf, Yasmin Md Isa, Esma Danial, Eida Moin, Zalfa Zain, Fateen Afeefa dan Syazwan Yunos.

Tema permotoran ni dah biasa sangat dalam filem Malaysia. Dah bosan nak tengok. Pef! Nasib baik ada diselitkan tema time travel jugak - jadi mungkin dapat membantu keterujaan penonton untuk ke pawagam. Lagipun Syafie Naswip dan Pekin Ibrahim merupakan pelakon yang berkaliber dan berbakat besar.

Sinopsis Kampung Drift
Seorang bapa terpaksa mengetepikan perasaan trauma untuk memakbulkan permintaan anaknya dalam menyertai sebuah sukan drift, sementara anaknya pula terpaksa merentas arus masa untuk pulang (time travel) ke zaman lampau untuk merealisasikan impian ayahnya yang tak tercapai dahulu. 


Gambar Promosi Pelakon Kampung Drift

pablo amirul ray
Pablo Amirul sebagai Ray

pekin ibrahim acai
Pekin Ibrahim sebagai Acai

shafie naswip johan
Shafie Naswip sebagai Johan

zalfa zain sheila
Zalfa Zain sebagai Shiela

Ulasan