Teaser Trailer dan Poster Siri Iron Fist


Wow! 

Satu lagi teaser trailer dipertontonkan kepada para peminat Marvel ialah Iron Fist, siri yang akan ditayangkan pada tahun hadapan [baca: 2017] juga di Netflix. Tak banyak yang dapat diketahui dari teaser ni selain watak Iron Fist atau juga dikenali dengan nama Danny Rand dipegang oleh Finn Jones. 

Kita dapat lihat watak Danny yang dalam keadaan tidak terurus dan seperti berada dalam wad sakit mental dan dia mampu menghancurkan dinding bangunan tersebut dengan hanya satu tumbukan. Terbaik! Ada juga sedikit flashback dari zaman kanak-kanak selepas kematian ibu dan bapa Danny, keadaan bersalji dan gambaran kurang jelas dua orang sami. 

Watak Iron Fist ni pun berkaitan dengan watak Luke Cage dalam entri sebelum ini. Gerenti ada crossover antara empat watak superhero netflix ni.

iron fist poster
Official Poster untuk siri Iron Fist

Selain Finn Jones yang memegang watak hero Iron Fist, siri ini juga diterajui oleh Jessica Henwick sebagai Colleen Wing, David Wenham sebagai Harold Meachum, Jessica Stroup sebagai Joy Meachum dan Tom Pelphrey sebagai Ward Meachum.

Update Tarikh Tayangan Iron Fist

- Iron Fist bakal ditayangkan di Netflix pada 17 Mac 2017.


Sinopsis Rasmi Iron Fist : Fifteen years after being presumed dead in a plane crash, Danny Rand (Finn Jones) mysteriously returns to New York City determined to reclaim his birthright and family company. However, when a long-destined enemy rises in New York, this living weapon is forced to choose between his family’s legacy and his duties as the Iron Fist.

Marvel juga release satu gambar ekslusif untuk siri Iron Fist ini;

iron fist danny rand finn jones
Danny Rand [lakonan Finn Jones] dalam salah satu aksi siri Iron Fist

'I am Danny' Featurette Clips 

- satu clips terbaru telah dipertontonkan dan menceritakan lebih lagi mengenai Danny Rand dan beberapi aksi juga diselitkan. So excited for this one!

Ulasan