Trailer dan Poster The Great Wall Movie Lakonan Matt Damon


Matt Damon sebagai hero di dalam filem mengenai Tembok Besar China? Haha. Mesti ramai yang pertikaikan keputusan pengarah filem, Zang Yimou untk ambil Matt Damon sebagai pelakon utama filem ni. Bajet besar kot! mesti ambil selebriti yang ada nama, baru ada peluang nak promote habis-habisan. 

Sinopsis The Great Wall Movie; 
Dari trailer, memang tak dapat apa-apa. Mungkin pembinaan Tembok Besar China untuk melawan raksasa (Gargoyle? alien?) yang cuba menghapuskan manusia dari muka bumi.

Berlatarkan kurun ke-15, mengisahkan perjalan tentera dari Eropah (lakonan Matt Damon dan Pedro Pascal) yang mencari serbuk bahan letupan dan datang ke Tembok Besar China. Tentera ini kemudiannya bersatu tenaga dengan askar dari China apabila mengetahui tujuan sebenar pembinaan Tembok Besar China ini.

Poster The Great Wall Movie

the great wall movie poster
Matt Damon dalam The Great Wall movie.

Filem yang diarahkan oleh Zhang Yimau, ditulis oleh Max Brooks akan dilakonkan oleh Matt Damon, Pedro Pascal, Willem Dafoe, Andy Lau, Tian Jing, Eddie Peng, Numan Acar, Lu Han, Kenny Lin, Hanyu Zhang dan Ryan Zheng ini bakal ditayangkan pada bulan Disember 2016 di China dan 17 Februari 2017 di US. Malaysia tak tahu lagi akan ditayangkan atau tak filem ni.

Ulasan