Trailer dan Sinopsis Filem Pekak


Ramai yang suka kan filem Pekak ni, komen-komen pun banyak yang positif. Mungkin kerana barisan pelakon utama iaitu Zahiril Adzim dan Sharifah Amani yang memang diketahui selektif dalam memilih projek mereka.

Filem ini bakal ditayangkan pada 1 September 2016.


Sinopsis Filem Pekak 

Pekak menceritakan kisah romantik antara Uda (Zahiril Adzim) dan Dara (Sharifah Amani). Uda, seorang lelaki kurang pendengaran tanpa pendidikan dan keluarga yang mahu mencari alternatif untuk mendengar samula. Dia terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampng kos pembedahan.

Dara pula seorang gadis berusia 17 tahun dan merasakan dirinya dikongkong oleh bapanya sendiri. Dara yang selalu medambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya, berjumpa dengan Uda secara kebetulan dan bermulalah episode cerita cinta antara Uda dan Dara. Namun mereka terpaksa menghadapi cabaran yang penuh dengan keganasan, seks dan dadah.

zahiril adzim motor
Zahiril Adzim memagang watak Uda dalam filem Pekak


Watak Uda dan Dara ini dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Amerul Affendi sebagai Azman, Iedil Putra sebagai Kamil, Sharifah Sakinah sebagai Melur dan Zaidi Omar yang memegang watak ayah kepada watak Dara.

Filem ini diarahkan oleh Khairul Azri dan merupakan filem terbitan Grand Brilliance.

sharifah amani zahiril adzim
Banner untuk filem Pekak
zahirl adzim sharifah amani
Zahiril Adzim dan Sharifah Amani sebagai Uda dan Dara dalam filem Pekak.

Update ; Poster Filem Pekak 1 / Poster Filem Pekak 2

Ulasan