Criminal dan Jason Bourne Movie Review

poster criminal 2016
Poster Criminal 2016 Movie

Criminal 2016 merupakan filem lakonan Costner dan Gal Gadot. Aku tak expect apa masa nak tonton cerita ni sebab jalan cerita sangat-sangat tak realistic. Pindah memori seorang manusia kepada manusia lain. Ambik kau! Tak logik langsung kan.

Aku tengok filem ni pun sebab seorang member aku yang tengok kat pawagam kata filem ni best, so memang betul katanya. Tak mengecewakan langsung, dari satu scene ke satu scene – korang akan rasa nak tahu apa yang akan berlaku. Jalan cerita yang padat tapi tak serabut dan tak hilang fokus. Kira korang boleh faham apa yang berlaku.

Suka gila lakonan Costner dalam ni. Boleh tengok kepayahan dia apabila memori otaknya berserabut dan silih berganti dengan memori orang lain. Boleh rasai penderitaan dan kasih sayang yang cuba ditonjolkan kepada watak Emma dan Jillian. Terbaik lah pak cik Costner!

jason bourne matt damon
Matt Damon kembali sebagai Jason Bourne

Sebenarnya aku bukanlah peminat filem franchise Jason Bourne, dari yang pertama hinggalah yang ketiga. Jason Bourne Legacy yang ditayangkan pada 2012 bagi aku itu merupakan filem terbaik Jason Bourne setakat ini, walaupun dalam tu tiada pun watak Matt Damon. Ini disebabkan gaya pengarah, Paul Greengrass yang suka gunakan 'shaky cam' untuk shot aksi-aksi dalam Jason Bourne trilogi sebelum ini. 

Jason Bourne 2016 juga mempunyai jiwa yang sama dengan 3 filem terawal, jadi bagi penggemar siri Jason Bourne bolehlah ke pawagam untuk menonton. Dari segi jalan cerita, ianya lebih kepada pembalasan dendam kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian ayah Jason Bourne, black ops baru turut diperkenalkan iaitu 'Iron Hand' namun hanya memberi sedikit impak kepada jalan cerita.

Dari segi watak, rasanya watak baru yang diperkenalkan iaitu Alicia Vikander sebagai Agen CIA Heather Lee sangat tak masuk akal (salah ambil pelakon ke?). Tak tahu kenapa rasa macam tak layak watak Heather Lee tu sebagai CIA second in command berbanding watak Direktor CIA Robert Dewey yang dilakonkan oleh Tommy Lee Jones. Mungkin kredibiliti yang di bawa kurang menjadi. 

Jason Bourne 2016 merupakan satu filem aksi yang menarik, tetapi kekurangan dari segi perkembangan watak dan jalan cerita.

Ulasan