Drama Lara Aishah di Astro Prima

drama lara aishah
Poster drama Lara Aishah 2016

Mengandingkan pelakon Fasha Sandha dan Nazim Othman menjadi taruhan drama Lara Aishah yang bakal ditayangkan bermula 29 Ogos 2016. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini mempunyai 100 episod dan merupakan drama arahan Riza Baharudin, skrip Adzim Shahabudin.

Drama Lara Aishah akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama ini diadaptasi dari drama Mexico yang bertajuk La Loba yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Sinopsis Drama Lara Aishah
Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin (Jasmin Hamid) yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya.

Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu.

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan. 

drama lara aishah
Poster Banner drama terbaru Lara Aishah di Astro Prima

Selain tiga watak utama yang dipegang oleh Fasha Sandha, Nazim Othman dan Jasmin Hamid, drama Lara Aishah turut dibarisi Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee,Dian P.Ramlee, Sasqia Dahuri, Watie Sadali, Ku Faridah dan Liza Abdullah.

OST drama ini confirm akan hit nanti sebab mengabungkan Dato Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Mantap! Tajuk lagu tema drama Lara Aishah adalah Dirgahayu. Boleh tengok video full dengan lirik lagu ini kat bawah;

Ulasan