Rabu, 24 Ogos 2016

Guardians Of The Galaxy Vol 2 [2017]

konsep seni guardian of the galaxy vol 2
Konsep seni terbaru untuk filem Guardians of The Galaxy Vol 2

Ini merupakan konsep seni terbaru yang dikeluarkan pihak Marvel untuk tatapan peminat filem Guardians of The Galaxy. Kali ni menampilkan ke semua karektor utama untuk filem pertama menyerang seekor makhluk asing (baca: alien). Watak Yondu, Nebula dan Mantis tidak kelihatan dalam konsep seni kali ini.

Boleh tengok karektor Star Lord, Gamora, Drax dan Rocket dengan jetpacks masing-masing. Alien itu macam makhluk dalam filem Deep Rising (nota: filem keluaran tahun 1998). Sementara itu, watak Groot yang masih dalam proses pembesaran melarikan diri. Comel! Kalau ikutkan pengarah dan penulis filem, James Gunn - alien yang mempunyai banyak tentacle dan gigi ini diberi nama Abilisk

Selain konsep seni di atas, ada juga post instagram yang menunjukkan kesemua karektor yang memainkan peranan sebagai Ravangers, yang diketuai oleh Yondu.  Untuk filem terbaru ini, dikatakan Yondu akan mengikuti Guardians dan Ravangers bakal diketuai oleh Taserface.



Filem Guardians of The Galaxy Vol 2 masih mengekalkan pelakon-pelakon dari filem pertama; Chris Pratt sebagai Star Lord, Zoe Saldana sebagai Gamora, Bradley Cooper sebagai Rocket [alih suara], Vin Diesel sebagai Groot [alih suara], Dave Bautista sebagai Drax, Karen Gillan sebagai Nebula dan Michael Rocker sebagai Yondu.

Watak penting lain yang akan muncul dalam filem kedua ini adalah Elizabeth Debicki sebagai Ayesha, Pom Klementieff sebagai Mantis dan Kurt Russell sebagai Ego [father's to Star Lord]. Filem Guardians of The Galaxy vol 2 bakal ditayangkan pada 5 May 2017.

Profil Movie Guardians of The Galaxy Vol 2 [2017]

Bahasa : English [Amerika]
Pengarah :  James Gunn
Penerbit : Kevin Feige
Penulis : James Gunn
Muzik : Tyler Bates
Sinematografi : Henry Braham
Penyunting : Craig Wood dan Fred Baskin
Pelakon : Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper [Suara], Vin Diesel [Suara], Dave Bautista, Karen Gillan, Michael Rocker, Elizabeth Debicki, Pom Klementieff, Glenn Klose, Sean Gunn,Chris Sullivan dan Kurt Russel.
Tarikh Tayangan : 5 May 2017

Poster Movie Guardians of The Galaxy [2017]

Poster Guardians of The Galaxy Vol. 2 movie

Poster terbaru ini memang nampak cool habis. Kalau korang tak perasan, watak Groot ada kat kaki Star Lord. Comel. Based on the poster, memang sahih watak Nebula [Karen Gillan] dan Yondu [Michael Rooker] akan join group asal GOTG yang terdiri daripada Star Lord, Gamora, Groot, Rocket dan Drax.

Dengar khabar, Sylvester Stallone akan buat cameo dalam movie ini.

Sinopsis Movie Guardians of The Galaxy Vol 2 [2017]

Set to the backdrop of ‘Awesome Mixtape #2,’ Marvel’s Guardians of the Galaxy Vol. 2 continues the team’s adventures as they traverse the outer reaches of the cosmos. The Guardians must fight to keep their newfound family together as they unravel the mysteries of Peter Quill’s true parentage. Old foes become new allies and fan-favorite characters from the classic comics will come to our heroes’ aid as the Marvel cinematic universe continues to expand.

Trailer Guardians of The Galaxy [2017] Vol 2




2nd Trailer Guardians of The Galaxy vol 2 2017 

- Tunjuk entire gang iaitu Star Lord, Gamora, Drex, Rocket dan Baby Groot. Comel gila baby groot!
- Boleh tengok karektor baru iaitu Mantis [lakonan Pom Klementieff] yang ada power untuk mengetahui perasaan seseroang melalui sentuhan sahaja. 
- Lagu latar nyanyian Sweet bertajuk Fox On The Run.


Poster Guardians of the Galaxy Vol 2

poster groot guardians of the galaxy 2
Karektor Groot dalam poster Guardians of The Galaxy dalam bahasa japanese.

poster guardians of the galaxy 2
Poster Guardians of the Galaxy 2
Poster terbaru untuk movie Guardians of The Galaxy Vol 2

Guardians of the Galaxy Super Bowl TV Spot 

- Selain Groot, watak Drax lakonan Bautista nampak makin selesa dengan teams diorang.

Tiada ulasan: