Filem Tombiruo Penunggu Rimba [2017]

poster tombirou penunggu filem
Poster filem Tombiruo Penunggu Rimba akan datang 2017

Filem Tombiruo Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan pada 2017 mendapat perhatian ramai kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM). Seperti sedai maklum, Ramlee Awang Murshid merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia.

Aku ada baca beberapa buku hasil tulisan RAM ini, memang lain dari yang lain - tetapi aku tunggu filem ini kerana ianya terbitan Astro Shaw (Polis Evo, Ola Bola and The Journey).

Sinopsis Filem Tombiruo Penunggu Rimba

Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.

Video Majlis Pelancaran Filem Tombiruo Penunggu Rimba


Para pelakon yang terlibat dalam filem Tembirou Penunggu Rimba ini adalah Zul Ariffin sebagai Tombiruo atau Ejim, Farid Kamil sebagai Amiruddin, Nabila Huda sebagai Wan Suraya, Faizal Hussein sebagai Pondoluo, Dato' M Nasir sebagai Tan Sri Berham, Datin Marlia Musa sebagai Bonda, Faye Kusairi sebagai Salina dan Dynas Mokhtar sebagai Baizura. Farah Ahmad, Hasnul Rahmat, Micheal Chen, Artu, R Azmi Ismail dan Muhammad Al-Rayyan juga terlibat dalam filem ini.

Selain Astro Shaw, filem ini juga diterbitkan hasil kerjasama dengan Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan (Syarikat milik Ramlee Awang Murshid). Nantikan update filem ini nanti.

Gambar Pelakon Zul Ariffin dalam Filem Tombiruo

- Pengembaraan dilakukan sekitar Hulu Langat Selangor.
- Zul Ariffin menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo.

zul ariffin shirtless sado
Zul Ariffin memegang watak utama Tombiruo
zul arriffin sado
Zul Ariffin di lokasi pengembaraan filem Tombiruo

Interview Pelakon/Penerbit/Pengarah Filem Tombiruo


- Filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasikan dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini juga mendapat sentuhan bersama pengarah Nasir Jani dan Seth Larney. Bakal mengegarkan sinema tempatan seluruh Malaysia pada 2017.

Teaser Filem Tombiruo Penunggu Rimba 2017

Gambar Pelakon Filem Tembiruo [2017] 

farid kamil amirudin
Farid Kamil sebagai Amiruddin

juslan hasnul rahmat
Hasnul Rahmat sebagai Juslan

faizal hussein pondolou
Faizal Hussein sebagai Pondolou

Poster Filem Tombiruo Penunggu Rimba 2017

poster tombiruo penunggu rimba
Poster Filem Tombiruo

Trailer Filem Tombiruo 2017

- Awesome gila trailer filem ini. Layan bawah;



Profil Filem Tombiruo 2017

Bahasa : Melayu
Genre : Aksi / Drama
Idea Asal : Novel Tombiruo Penunggu Rimba karya Ramlee Awang Mursheed
Pengarah : Seth Larney
Studio : Astro Shaw / Ideate Pictures
Penerbit : Zurina Ramli
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M Nasir, Hasnul Rahmat dan Faye Kusairi.
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017

Zul Ariffin sebagai Ejim
Farif Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda Sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusairi sebagai Selina

Ulasan