Poster dan Montaj Pembukaan Drama Si Kolot Suamiku

poster drama si kolot suamiku
Poster Drama Si Kolot Suamiku

Drama Si Kolot Suamiku merupakan drama arahan Eyra Rahman, hasil adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Fazlyn Ridz. Drama ini dibintangi oleh Amar Baharin, Siti Elizad Sharafuddin, Faizul Hussein,  Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, Epy Kodiang.

Tarikh tayangan untuk drama Si Kolot Suamiku bermula dari 15 Ogos 2016 dan ditayngkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hingga 11.00 malam di saluran Astro Setia (104) dan Astro Setia HD (123).

Jom tengok montaj pembukaan untuk drama si kolot suamiku ini;



Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku 2016;

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya.

Kudin pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

UPDATE : OST drama Suamki Si Kolot ini dinyanyikan oleh Waris bertajuk dua dunia.

Ulasan