Poster Drama Mariam Alisa Di Slot Lestary TV3

poster mariam elisa
Poster Drama Mariam Alisa

Bermula daripada 25 Ogos 2016, satu drama 13 episod berjudul Mariam Elisa akan mula ditayangkan di Slot Lestary TV3. Drama ini adalah terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Antara pelakon yang terlibat adalah Elvina sebagai Mariam Alisa, Ben Amir sebagai Farhan, Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haikal dan Haris Mohd sebagai Fareeq.

Elvina Ben Amir
Watak Utama Drama Mariam Alisa - Ben Amir dan Elvina

Update Sinopsis Drama Mariam Alisa

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada. 

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak. Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada. 

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Update Lagu Tema Drama Mariam Alisa

Tajuk : Dalam Keraguan
Penyanyi: Nadia Aqilah
Lirik: Bahri Uma dan Saiful Ridzuan
Lagu: Saiful Ridzuan
OST Drama Mariam Alisa

Ulasan