Drama Meh Sandar Pada Aku [Slot Dahlia TV3]


Comel sangat video opening scene untuk drama Meh Sandar Pada Aku yang bakal ditayangkan di TV3 ini. Tarikh tayangan masih belum diumumkan. Montage pembukaan bagi drama ini menggunakan tema video permainan popular iaitu super mario. Katanya penyanyi untuk muzik latar adalah Mira Filzah dan Alif Aziz sendiri.

Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama (nota: hasil karya Aifa Batrisya). Drama Meh Sandar Pada Aku ini hasil terbitan Zeel Production, arahan Emi Suffian, skrip oleh Marr Mohamad, Pengarah Fotografi oleh Din Sabah, penyunting kreatif oleh Wan A Ruzwan manakala penerbit eksekutif adalah Muhamad Norazhar Baharuddin.

Pelakon utama drama Meh Sandar Pada Aku adalah gabungan antara Mira Filzah dan Alif Aziz. Tak tahu pula yang Alif Aziz ni pun berlakon jugak! Selain dua pelakon utama, drama ini juga turut dibarisi Asyraf Aley, Aidit Noh, Jaja Illiyes, Badrul Muhayat, Fiza, Nada, Aishah Ilias dan Redza Rosli.

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku
Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah), gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneem sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Di sana bermulalah cerita pertemuan dia dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan (Alif Aziz). 

Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. 

Kehadiran Adam Naufal (rakan praktikal Afnan Tasneem) menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Di mata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. 

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir (Asyraf Aley). Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya (Jaja Illiyes). Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. 

Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab.

Update Teaser dan Video Di Set Pengembaraan Drama Meh Sandar Pada Aku 


Scene watak Afnan Tasneem lakonan Mirah Filzah yang tengah syok layan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wilck sebelum diajak makan oleh emaknya, lakonan Fiza.
 

Scene gaduh antara watak Afnan Tasneem dengan watak Dr Syed Nadzhan lakonan Alif Aziz.


Lagi scene antara Mirah Filzah dan Aliff Aziz.


Update Tarikh tayangan drama Meh Sandar Pada Aku

Tarikh tayangan sebenar masih belum pasti tetapi ianya bakal bersiaran pada awal tahun hadapan [baca: 2017] di slot dahlia TV3. Di tonton.com.my ada tayangan awal iaitu pada bulan November tahun ini.

Dr Syed Nadzhan Afnan Tasneem
Watak Dr Syed Nadzhan oleh Alif Aziz dan Afnan Tasneem oleh Mirah Filzah
Adam Naufal Afnan Tasneem Dr Syed Nadzhan
Dari kiri; Adam Naufal, Afnan Tasneem dan Dr Syed Nadzhan.
Photoshoot Poster Drama Meh Sandar Pada Aku

- Gandingan pelakon utama Aliff Aziz dan Mira Filzah. Sumber : @slip_studio

aliff aziz mira filzah
Aliff Aziz dan Mira Filzah
Mira Filzah dan Aliff Aziz diganding bersama drama Meh Sandar Pada Aku.
Drama Meh Sandar Pada Aku di Slot Dahlia 2017
[Mira Filzah dan Aliff Aziz]

Ulasan