Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! [2016]



Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! yang diterbitkan oleh Les's Copaque Production dan KRU akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016. Filem ini merupakan filem animasi Malaysia pertama yang menampilkan kesan khas 3D dengan lakonan hidup para pelakon. 

Daripada teaser dan muzik video yang dipertontonkan, nampak ok je gabungan Upin & Ipin bersama dengan watak Puteri Balqis (dari teaser) dan Yubi Band (dari muzik video terbaru jeng, jeng, jeng!)

watak upin & ipin jeng jeng jeng!
Watak Upin dan Ipin akan bergabung dengan pelakon-pelakon dari dunia realiti.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Filem Upin & Ipin terbaru ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun iaitu Balqis. Balqis merupakan anak yatim piatu yang mempunyai kebolehan istimewa untuk bertinteraksi dengan watak kartun kesukaannya iaitu Upin & Ipin. Dunia indah Balqis berubah apabila rumah anak yatim yang didiaminya akan diambil semula oleh seorang ahli perniagaan yang kejam.Bagi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut, Balqis bersama Upin & Ipin mencari seorang bekas penyanyi terkenal iaitu Awie untuk membantu mereka.

Filem yang diarahkan oleh Erma Fatima dan Hajah Ainon Ariff akan dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat iaitu Puteri Balkis, Awie, Sara Ali, Gambit, Remy Ishak dan ramai lagi. Selepas filem Geng Pengembaraan Bermula yang menjadi fenomena serta box office pada tahun 2009, bolehkah filem animasi 3D Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! melakukan perkara yang sama?

UPDATE Teaser Kedua Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng!


Tarikh tayangan filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di Indonesia masih belum pasti tetapi ianya bakal ditayang pada bulan Disember 2016. Kita tunggu sahaja update nya nanti.

Update poster terbaru Filem Upin & Ipin [2016]

poster upin ipin jeng jeng jeng
Poster filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng 2016

Official Trailer Upin & Ipin Jeng! Jeng! Jeng!


Profil Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng! 

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Adaptasi : Animasi Upin & Ipin
Studio : Les Copaque Production dan KRU Studios
Idea dan Cerita Asal : Hajah Ainon Arif
Pelakon : Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit.
Pengarah Kreatif : Hajah Ainon Arif
Pengarah Lakon Layar : Erma Fatima dan Hajah Ainon Arif
Pengarah Seni : Nazrul Asraff
Pengarah Sinematografi : Ahmad Reedzuan [Jack]
Pengarah Animasi : Mohd Ashraf Abdul Rahman
Penerbit Eksekutif : Hajah Ainon Arif dan Yusry Abdul Halim
Penerbit : Haji Burhanuddin Md Radzi dan Dato Norman Abdul Halim
Tarikh Tayangan : 24 November 2016 [Malaysia], Disember 2016 [Indonesia]

Ulasan