Trailer dan Poster filem Aliff Dalam 7 Dimensi


Filem Alif dalam 7 Dimensi merupakan filem arahan Faizal Ishak dan hasil tulisan skrip oleh Anwari Ashraf dan Ashraf Zain. Pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Izzue Islam sebagai Aliff, Alif Satar sebagai Naim, Juliana Evans, Kaka Azraff sebagai Izreen dan ramai lagi. 

Filem ini mengisahkan tentang Aliff seorang pelajar Universiti yang memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat entiti paranormal. Setelah kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya, mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Berjayakah mereka membuktikan kewujudan misteri entiti. Apakah perkara misteri yang menggangu mereka? 

Sebuah novel grafik (baca: komik) juga telah diterbitkan pihak Kadokawa Gempak Starz hasil karya Tadatada sebagai prekuel filem Alif Dalam 7 Dimensi ini. Komik ini berlatarkan watak Alif sewaktu di zaman persekolahan berbeza dengan filem yang memaparkan watak Alif di zaman kolej/universiti. 

Filem Aliff dalam 7 Dimensi bakal ditayangkan pada 8 September 2016. Dua poster untuk filem ini juga telah dikeluarkan pihak astro shaw;

aliff dalam 7 dimensi
Poster filem Aliff Dalam 7 Dimensi

aliff dalam 7 dimensi
2# Poster filem aliff dalam 7 dimensi

Ulasan