Drama Biar Aku Jadi Penunggu [Akasia TV3]

ashraf muslim janna nick afeef iffat
Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam dram Biar Aku Jadi Penunggu

Drama ini bakal menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku yang tengah hot ditayangkan. Sampai mencecah 3.3 Juta penonton tu!

Drama Biar Aku Jadi Penunggu diterbitkan oleh Saphire Screen dan diarahkan oleh Michael Ang. Membariskan pelakon-pelakon popular tanah air iaitu Ashraf Muslim sebagai Afeef, Janna Nick sebagai Iffat, Octovia Menrose sebagai Damia, Shah Iskandar sebagai Fazree, Miera Iyana sebagai Hayati, Azah Azmi sebagai Afia, Lan Siro sebagai Lokman, Mahmod Ali Bashah sebagai Dato Azman dan Wilma Mohamad sebagai Datin Maimon.  

Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu 

Iffat Amani dan Afeef Adwan berkawan sejak bangku sekolah. Namun, Afeef mengunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian dalam hidup manakala Iffat yang mneyukai Afeef dalam diam menerima lamaran dengan harapan kebahagiaan hidup akan muncul.

Iffat setia menunggu kepulangan Afeef dari luar negara yang bertahun merantau tanpa khabar berita. Selepas tiga tahun, baru Afeef pulang dengan seorang budak comel. Rupanya Afeef telah berkahwin lain, dengan Damia dan dikurniakan seorang anak.  

Iffat terluka lagi dalam diam, tetapi dia masih menerima kehadiran anak comel tersebut dengan hati terbuka. Kesalahan Afeef masih tidak dapat dimaafkan oleh Iffat, dia tidak dapat menerima lelaki tersebut. Kehadiran semula Damia juga merumitkan lagi masalah.
Profil Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Bahasa : Melayu
Pengarah : Michael Ang
Pembantu Pengarah : Hadith Omar
Pelakon : Janna Nick, Ashraf Muslim, Octovia Menrose, Shah Iskandar, Miera Liyana, Azah Azmi, Lan Siro, Mahmod Ali Bashah, Roy Azman, Sharifah Shahora, Alex Davies, Amir Rahim dan Wilma Mohamad.
Adaptasi : Novel Biar Aku Jadi Penunggu karya Arsha Wangi [Baca Novel]
Slot : Akasia
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2016
Lagu Tema [OST] : Lagu nyanyian Ronnie Hussein ciptaan Ippo Hafiz.

Gambar Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu
Barisan Pelakon Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Promo Drama Biar Aku Jadi Penunggu TV3

[Janna Nick] 

[Ashraf Muslim - Tiada suara]

[Full Promo - Lagu OST ciptaan Ippo Hafiz nyanyian Ronnie Hussein]

Poster Drama Biar Aku Jadi Penunggu [Akasia TV3] 

ashraf muslim janna nick
Poster drama Biar Aku Jadi Penunggu TV3

Ulasan