Drama Arluna 2017 [Slot Tiara Astro Prima]

anzalna saharul ridzwan
Drama Arluna Lakonan Anzalna dan Saharul Ridzwan

Sebuah drama terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan Emi Suffian. Drama ini juga merupakan adaptasi novel yang ditulis oleh Rin Ahmad bertajuk Arluna. Drama Arluna bakal ditayangkan di Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135, slot Tiara. 

Barisan pelakon yang terlibat adalah Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif, Anzalna Nasir sebagai Nia Nia Arluna, Adeline Tsen sebagai Fazleen, Putri Najuwa sebagai Hanna dan Zoey Rahman sebagai Raziq. Pelakon lain yang terlibat adalah Atilia Haron, Syaffiq Sahli dan Susan Manen.

Update : Drama ini bakal ditayangkan bermula 8 Mei 2017 menggantikan drama Papa Ricky, namun drama ini hanya mempunyai 16 episod sahaja.

Sinospis Drama Arluna 

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna atau Nina sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sands Skypark. 

Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?- NIA ARLUNA atau NINA
 
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF atau JOE

2. Terjumpa lagi. 

I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula. 

Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen ‘udang galah’. 

Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

“Tewas Itu Taat.”

- Sumber : goodreads
- Boleh baca novel Arluna : penulisan2u

Sumber : kelimerah.com
Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.
 
Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.
 
Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Profil Drama Arluna

Bahasa : Melayu
Pengarah : Emi Suffian [Drama Meh Sandar Pada Aku]
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen.
Adaptasi : Novel Arluna karya Rin Ahmad
Episod : 16 Episod
Siaran : Slot Tiara, Astro Prima dan Maya HD [Isnin hingga Jumaat, 6.00 Petang]
Tarikh Tayangan : 8 Mei 2017 [Ganti Drama Papa Ricky]


Gambar Pelakon Drama Arluna 2017

anzalna putri najwa zooey rahman shahrul ridzwan atilia haron
Anzalna, Putri Najwa, Zooey Rahman, Shahrul Ridzwan dan Atilia Haron.

Ulasan