Poster dan Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Poster Drama terbaru TV3 bertajuk Patahnya Sebelah Sayap.
- Hati Cekal Menggapai Awan, Walau Terbangnya Tidak Sempurna -

Drama terbaru di TV3 akan bermula pada malam ini dan daripada sinopsis yang diberikan memang drama ini berdasarkan sebuah drama korea bertajuk 'Secret' yang disiarkan pada 2013. Ini antara drama korea melodrama yang terbaik pernah aku tonton. Diharapkan drama Patahnya Sebelah Sayap berjaya mengulangi kejayaan drama tersebut.

Drama Patahnya Sebelah Sayap ini menggandingkan tiga pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Ianya turut dibantu oleh Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd dan Faiz Hak.

Bermula pada 20 September 2016 [malam ini], drama ini akan bersiaran di slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam. Jangan lupa saksikan tau!

drama patahnya sebelah sayap
Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam.

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

sumber : infotaip

Profil Drama

Judul : Patahnya Sebelah Sayap
Pengarah : Ayie Mustafa
Skrip : Mia Marziah
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Jumlah Episod : 15 
Tarikh Tayangan : Bermula 20 September 2016 [Slot Samarinda]
OST : Lagu Hancur Aku oleh Estanged ft Fazura 

Promo Drama Patahnya Sebelah Sayap


Opening Montage Drama Patahnya Sebelah Sayap


Patahnya Sebelah Sayap Episode 9-11 Promo


Satu-satunya drama melayu yang aku tengok sekarang, memang terbaik! Lagi-lagi lakonan Ummi Nazeera. Suka gila masa dia tampar si Amzar tu. ahahaha. Minggu ni nampak macam rahsia Alisha dah dibongkar Amzar kepada Kuzairi. Bukan rahsia sebenar la. Tunggu esok untuk episod seterusnya.  

Tahniah Drama Patahnya Sebelah Sayap

pss poster terbaik
Jumlah penonton untuk Drama Patahnya Sebelah Sayap

- Drama Patahnya Sebelah Sayap menjadi trending di twitter untuk setiap episod. Boleh tengok tahap kebencian penonton terhadap watak Amzar dan mak cik Salbiah. 
- Satu-satunya drama melayu yang aku tengok sampai habis untuk tahun ni la. Kira rekod la ni sebab selalu lepas separuh jalan, dah meluat nak tengok. haha.
- 9.5 Juta penonton setiap episod. Memang terbaik lah. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan drama ini.
- Lepas ini, boleh layan drama Nahu Rindu juga lakonan Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel. Izzue Islam sahaja tiada.

Ulasan