Poster, OST dan Trailer Bisik Pada Langit Arahan Kabir Bhatia

Poster telemovie Bisik Pada Langit

Telemovie Bisik Pada Langit akan menggabungkan pelakon-pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Jalil Hamid, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor, Naim Daniel dan Erwin Dawson. Telemovie ini diarahkan oleh pengarah berkaliber iaitu Kabir Bhatia, hasil tulisan skrip Sofia Rhyland dan Maizura Ederis. Telemovie ini dihasilkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd.

Telemovie ini akan mula ditayangkan di Astro Exclusive bermula 15 September 2016. Update : Bisik Pada Langit ditukar ke layar besar dan bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Februari 2017.



Trailer ke ni? Panjang sangat. haha. Apapun memang terbaik! Nampak damai je scene memancing ikan itu. Pengembaraan telemovie Bisik Pada Langit ini dijalankan di Kuala Lumpur, Banting, Pontian [penghujung benua asia], Benut, Tanjung Piai dan Perth, Australia.

bisik pada langit ummi nazeera erwin dawson
Waktu pengembaraan di Perth Australia - sumber -

OST telemovie Bisik pada langit dinyanyikan oleh kumpulan Akim and the Magistret dengan lagu betajuk Lygophobia. Lagu ni hasil komposer LAQ dan lirik ditulis oleh Hang Nadim. 


Update Poster Filem Bisik Pada Langit 

beto khusyairi
Beto Khusyairi dalam filem Bisik Pada Langit

jalil hamid
Jalil Hamid dalam filem Bisik Pada Langit.

Ulasan