Drama Hantu Punya Bos [SLOT IRIS TV3]

Poster Drama Hantu Punya Bos!

Update : Drama ini akan mula bersiaran pada 28 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. Mesti ramai yang tunggu drama terbaru Shukri Yahaya yang baru meletup dengan drama 7 Hari Mencintaiku.

Satu lagi drama hasil adaptasi novel. Kali ini novel 'Hantu Punya Bos' karya Dekna Lee. Drama arahan Mohd Feroz Abdul Kader ini dilakonkan oleh Syukri Yahaya dan Intan Najuwa sebagai teraju utama. 

Profil Drama Hantu Punya Bos

Studio : MIG Production Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Feroz Abdul Kader
Penerbit : Major David Teo
Pelakon : Syukri Yahaya [Surf This Love], Intan Najuwa, Julia Marin, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor, Aizat Hassan, Tengku Fiela, Vicha SayWho dan Serena Redzuawan.
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan :  28 Disember 2016
Saluran : Slot Iris TV3 [Dah boleh tengok kat tonton sekarang]
OST : Hantu atau Buaya nyanyian Nanasheme


Sinopsis Drama Hantu Punya Bos

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula. 

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Gambar Barisan Pelakon Hantu Punya Bos!

syukri yahaya intan najuwa
Syukri Yahaya dan Intan Najuwa
afiera riana iszander nor
Afiera Riana dan Iszander Nor

Poster Drama Hantu Punya Bos

shukri yahaya intan najuwa
Poster Drama Hantu Punya Bos [SLOT IRIS TV3]

shukri yahaya intan najuwa
Poster Drama Hantu Punya Bos [SLOT IRIS TV3]

Ulasan