Drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia TV3]

emma maembong nazrief nazri
Emma Maembong dan Nazrief Nazri

Drama terbaru di slot Dahlia akan bermula pada 9 Oktober [Ahad ini] merupakan satu drama di bawah produksi Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan menggandingkan Emma Maembong dan Nazrief Nazri.

Promo drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia]


Sinopsis Drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia]

- sumber asal : kbergetar

Drama ini mengisahkan tentang Putra Izka [Nazrief Nazri], seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia [Emma Maembong] di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa.

Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. 

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil Zulaikha oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya. Izka pula mula jatuh hati setelah merasa nasi minyak kuah kari yang diberi oleh Zulaikha.

Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

Profil Drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Terbitan : Orangtree Production Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini [Cinta Masam Manis
Pelakon : Emma Maembong [Yes Boss!], Nazrief Nazri [Lara Terindah], Aishah Ilias, Shahz Jaszle [Cinta Masam Manis], Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone dan Fara Mendoza.
Genre : Komedi
Episod : 20 Episod
Tayangan : Bermula 9 Oktober 2016
Siaran : Slot Dahlia TV3 [Setiap Jumaat hingaa Ahad jam 7.00 malam]
OST : Hanya Dirimu nyanyian Eleena Harris feat Mark Adam


Poster drama Nasi Minyak Kuah Cinta

poster drama tv3
Nasi Minyak Kuah Cinta drama.

Ulasan