Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Jihan Muse


Michael Ang akan mengarahkan satu lagi drama adaptasi novel selepas Biar Aku Jadi Penunggu dan Suri Hati Mr Pilot. Kali ini novel Red Velvet hasil karya Acik Lana akan diadaptasi. Pelakon-pelakon utama juga telah diumumkan iaitu Alif Satar sebagai Izaat, Jihan Muse sebagai Helena dan Emma Maembong sebagai Sophie.

Heroin dah tukar daripada Jihan kepada Neelofa.

Profil Drama Red Velvet

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Michael Ang [Biar Aku Jadi Penunggu dan Suri Hati mr Pilot]
Idea Asal : Novel Red Velvet karya Acik Lana
Pelakon : Alif Satar [Alif Dalam 7 Dimensi], Neelofa [Astro Bella Jom Kurus] dan Emma Maembong [Yes Boss!].
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria

Sinopsis Drama Red Velvet 

Helena tidak memperdulikan tohmahan mahupun kata-kata nista apabila dia mahu mendirikan rumah tangga dengan Fareeq yang merupakan suami orang. Janji dia bahagia, namun Fareeq mungkir janji dan tidak mengahwini Helena. Perkara ini menyebabkan Helena patah hati dan membawa diri. 

Dalam kehidupan yang patah hati dan huru-hara, Helena bertemu dengan Izaat. Bagi Helena, Izaat seorang yang sinis, ego dan berlagak. Izaat merupakan seorang pembuat cake dan sentiasa mencari masalah dengan Helena. 

Dalam keadaan terpaksa, Helena bekerja di bakeri yang sama Izaat bekerja. Dalam pergaduhan, mula timbul soal hati dan perasaan. Namun, rahsia silam Helena yang menjadi homewrecker kembali menghantuinya kerana Izaat sangat bencikan perempuan jenis homewrecker ini.

Gambar Pelakon Drama Red Velvet

neelofa dan alif satar
Alif Satar dan Neelofa

Ulasan