Ahad, 23 Oktober 2016

Movie Marathon [2016]

Ini adalah celoteh ringkas aku mengenai movie-movie yang aku dah tonton. Semua movie adalah movie yang ditayangkan pada tahun 2016.

poster movie 2016
Money Monster 2016

MONEY MONSTER - Permulaan yang bagus, tetapi hancus separuh jalan.

- Satu movie yang bermula dengan sangat bagus, perkenalan watak secara tersusun dan plot yang boleh difahami. Seorang lelaki yang kecewa apabila wang pelaburannya hilang dalam satu hari sahaja. Semuanya hancus bila Clooney dan Robert mula take charges untuk menghuraikan apa yang terjadi sebenarnya kepada wang yang hilang dan dilaporkan akibat keroasakan pada algoritma komputer. Ketegangan yang bermula baik hilang macam tu sahaja! They should never leave the studio to make this a great film.

poster movie 2016
Warcraft movie 2016


WARCRAFT - A very great pack action films. This totally need a sequel!

- Sangat penuh dengan aksi dari awal cerita sampai ke penamat. Jalan cerita yang tersusun baik dan membuatkan kita tak pening untuk mengikut apa yang terjadi. Mungkin watak Orc boleh buat keliru sebab kelihatan hampir sama, tetapi setiap dari mereka punya personaliti dan keunikan tersendiri.

- Plot : Mengisahkan dua dunia berbeza iaitu dunia manusia dan dunia orc. Dunia orc yang sudah hancur dan sekarang diperintah oleh seorang wizard jahat dan menggunakan tenaga dari mereka yang hidup untuk menguatkan tenaga/kuasanya. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk datang ke dunia manusia menggunakan 'pintu gerbang' dan menjadikan manusia mangsa barunya. Jadi, manusia harus bergabung untuk menewaskan musuh yang hebat ini.

- Setiap watak dan perwatakan dalam movie ini sangat menjadi dari sekecil-kecil watak sehinggalah ke watak utama. Aku sukakan jalan cerita untuk wizard dunia manusia yang bernama khadgar lakonan Ben Schnetzer dan watak Garona lakonan Paula Patton.

poster 2016 movie
The Nie Guy Movie 2016

THE NICE GUY - Unexpectedly funny!

- Aku memang tak suka dengan movie hollywood yang cuba tunjuk tahun 80-an atau 70-an. Contoh movie America Hustle dan banyak lagi. Aku rasa ini first time aku sukakan movie dari zaman berbeza dengan zaman aku membesar, dan tahniah kepada Ryan Gosling dan Russel Crowe. Sangat menghiburkan and ianya antara movie terbaik untuk tahun 2016.

- Watak yang paling menonjol mestilah watak Holly, anak kepada Holland. She steal every scene.

poster movie 2016
Civil War Captain America 2016 movie


CAPTAIN AMERICA CIVIL WAR - Without a doubt, I can see myself watch this movie repeatedly.

- Aku ambil masa agak lama untuk tonton movie ini di pawagam sewaktu keluar sebab konon sibuk kerja la. ehehe. Tapi sebenarnya dah agak bosan dengan filem genre superhero. Suicide Squad pun belum tengok lagi ni. Captain Amerika mengambil pendekatan berlainan apabila tiada musuh utama yang menonjol macam Loki dalam Avengers dan Ultron dalam Avengers Age of Ultron. Sebaliknya kisah seorang pria tanpa kuasa yang cuba memecah belahkan Avengers, dan dia berjaya as we can see at the end of the movie.

- Scene stealer mestilah fight di lapangan terbang. Memang scene itu akan disebut-sebut dalam filem-filem Marvel selepas ini. Watak Ant-Man lakonan Paul Rudd dan Tom Holland sebagai Spiderman memang menjadi tarikan dan menghiburkan penonton. Tak sabar tunggu Ant Man 2 dan Siperman Homecoming. Sigh to Black Widow and Hawkeye film. Still hoping though, haha. Agak-agak siapa yang paling kuat dalam dunia marvel ini, tetapi aku tahu yang paling berani adalah Hawkeye dan Black Widow. Kerja gila, orang lain semua ada power/kostum hebat-hebat, diorang manusia biasa je yang ada seni mempertahankan diri dan ada skill archery. 

eddie the eagle 2016
Eddie The Eagle 2016 movie


EDDIE THE EAGLE - A good sport movie.

- Kalau anime sukan buat aku teruja, movie berkaitan sukan pun mesti hasilkan perasaan yang sama. Eddie the Eagle did it! Aku tak tahu berapa peratus movie ini sama kisah sebenar sebab watak Hugh Jackman buat lompatan 90m dalam keadaan mabuk tetapi masih nampak bergaya. haha. Kisah seorang budak yang mencuba pelbagai sukan hanya untuk menyertai sukan olimpik dan akhirnya dia menjumpai sky jumping. Masalahnya England tiada team sky jumping! Namun ada hikmah di sebalik apabila syarat kelayakan ski jumping masih belum berubah sejak sekian lama. Jadi ada loophole untuk dia menyertai Olimpik.

- Watak Eddie lakonan Taron Egerton [Kingsman Secret Service] memang berkesan.

ice age movie poster
Ice Age 2016 Collisoin Course


ICE AGE 2016 - I dont remember how many movie are there for this franchise?

- Aku peminat setia Ice Age. Dari movie pertama hingga movie kedua sahaja! Aku tengok berulang kali tanpa rasa jemu. haha. Tetapi untuk movie terbaru ini macam kehilangan idea dan terlalu padat dengan karektor. Kalau dulu kita hanya ada 3 karektor utama Sid, Manny dan Diego. Sekarang kita ada tambahan watak yang terlalu ramai dan lawaknya pun kurang menarik.

INDEPENDENCE DAY - Nope.

- Aku tak ingat pun movie pertama Independence day, tetapi aku sarankan diorang takde la buat remake ini.

poster movie 2016
Neighbors 2 Movie


NEIGHBOUR 2 - Meh.

- Satu lagi movie komedi yang tidak berjaya dan terlalu lucah untuk ditonton. Sila pastikan korang tak tonton bersama anak kecil. Aku rasa filem pertama diorang lagi best sebab ada banyak scene air bag yang tak logik dan tak diterima akal tapi memang menjadi trademark filem diorang sebelum ini. Filem ini hanya ada satu scene dan diorang tahu apa yang diorang buat, jadi kurang memberi impak. 

TRAIN TO BUSAN - Totally Recommended

- Read my review Here

THE REZORT - Bad decision for the second half of the film.

- Read my review Here

THE SHALLOW - Great Film.

- Read my review Here

CRIMINAL - Unexpectedly very good movie.

- Read my review Here

JASON BOURNE 2016 - Good action movie, but the way the shot is done totally ruin the movie.

- Read my review Here

GHOSTBUSTER 2016 - Should left the franchise alone.

- Read my review Here

SKIPTRACE - Only Jackie Chan can do this.

- Read my review Here

movie poster
Deepwater Horizon movie 2016


DEEPWATER HORIZON - Enjoyable.

- Aku tonton filem ini sebab ramai member aku yang kerja bidang oil and gas. So nak tengok la keadaan di rig macam mana, selalu dengar kisah dari diorang aje. First time tengok ingatkan Matt Damon, rupanya Mark Wahlberg - selalu sangat tertukar dua orang ni. hehe. 

- Jalan cerita best tetapi tension lepas letupan berlaku agak kurang. Mungkin diorang cuba stay as close possible to the real story. Lagipun CGI untuk letupan sangat-sangat menyakinkan.

movie poster 2016
Zootopia movie 2016


ZOOTOPIA - One of the best cop buddy film this year.

- Jalan cerita yang ringkas, dua karektor berbeza [seorang polis dan seorang lagi con artist] bergabung untuk menyelesaikan kes. Cuma kali ini dalam bentuk animasi - stunning CGI, funny karektor dan muzik background yang best menjadikan Zootopia antara filem animasi terbaik tahun ni.   

- Disney memang terbaik. Animasi diorang memang first class. Tengok sahaja Frozen, Wreck it Raphl dan Big Hero Six, sekarang tambah satu lagi Zootopia. 

poster movie nerve 2016
Nerve Movie 2016
NERVE - Good Concept, Poor Ending 
- Aku sukakan konsep dan dunia 'game cabaran' yang dibawa dalam filem Nerve. Nampak original berbanding filem superhero dan sci-fi yang banyak di pawagam sekarang. Cabaran yang bermula agak biasa, bertambah sukar dari satu tahap ke tahap yang lain. Contoh, memandu dalam keadaan 'blindfold' memang kerja gila. Namun, penamat filem ini kurang best dan twist plot yang menjadikan Dave Franco sebagai tawanan pun macam tak masuk akal. Apapun still enjoy watching this film.

poster jack reacher never go back
Jack Reacher Movie 2016

Jack Reacher Never Go Back - Downgrade from the first film. 

- Aku menonton filem ini dengan harapan ianya sama taraf atau lebih baik dengan cerita pertama. Jalan cerita yang standard untuk filem tema 'tough guy' apabila rakan seperjuangan dituduh dalam kes pengkhianatan kepada negara. Reacher cuba menyelamatkan keadaan, tetapi dalam masa yang sama kehidupan peribadi Jack Reacher juga kucar-kacir bila dia dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja. 

- Aku rasa disebabkan watak villain yang kurang berkesan because it feels something loss in the film. Lakonan Tom Cruise, Colbie Smulders memang ok. Ada chemistry between them, namun watak penjahat memang kurang menyerlah. Storyline yang kurang misteri juga buat aku rasa hambar, sebab we got the whole pictures dari awal. Siapa jahat, siapa baik. Its just dull cat and mouse storyline where the good guy must get the proof of the wrong the bad guys doing. Nothing else. 

poster IT movie
I.T movie 2016
I.T - Not the worse movie but Weak. 

- Aku bukanlah peminat Pierce Brosnan tetapi aku rasa ok je untuk dia menjadi watak utama, namun dalam movie IT ini, watak Mike Regan sangat buat aku menyampah. haha. Tak tahu la kenapa? It just did. Aku lebih berminat dengan watak Ed Porter, the villain dalam movie ini lakonan James Frecheville. 

- Dalam filem arahan John Moore ini, ianya membawa kembali cliche watak utama yang buta teknologi dengan watak villain yang serba handal dengan teknologi.   

2 ulasan:

Farhana Cahaya Riang berkata... Reply to comment

Hahahahaha. Samalah wey. Aku selalu tertukar Mark Wahlberg dengan Matt Damon. Sebab muka dorang sama kot. =.=

Azuan berkata... Reply to comment

itulah... sama kan...ahahaha...