Drama Ainur Mardhiyah [Slot Azalea TV9]

poster drama ainur mardhiyah
Watak-watak utama drama Ainur Mardhiyah di TV9 ini.


Sedap pulak tajuk drama ini!

Ainur Mardhiyah merupakan drama terbaru yang bakal ditayang di TV9 slot Azalea. Mungkin lepas drama Amsyar tamat. Pelakon utama drama ini adalah Zahiril Adzim dan Sura Sojangi. Drama Ainur Mardhiyah diterbitkan oleh Creative Skill Solution [Patahnya Sebelah Sayap].

Profil Drama Ainur Mardhiyah Slot Azalea TV9 

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Penerbit : Creative Skill Solution 
Pengarah : Zamri Zakaria
Pelakon : Zahiril Adzim [Pekak dan Juvana], Sura Sojangi, Neera Azizi, Niezam Zaidi, Fara lyna, Bella Nazari dan Zarynn Zarynn.
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayangan : 22 November 2016, Selasa hingga Ahad, 8:30 Malam.
Siaran : Slot Azalea TV9 dan TV3
OST : Menatap Dalam Mimpi nyanyian Dato Siti Nurhaliza

Gambar Para Pelakon Drama Ainur Mardhiyah TV9

Niezam Zaidi dan Zahiril Adzim

Zahiril Adzim, Sura Sojangi dan Niezam Zaidi

Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah TV9

Hidup tanpa mengetahui siapa bapanya dan ditinggalkan oleh ibu kandung sendiri lebih menyedihkan lagi hidup seorang gadis bernama Ainur Mardhiyah yang juga dikenali sebagai Dhiya. Dhiya dipandang hina dan tidak disukai oleh penduduk-penduduk kampung. Namun, selain nenek dan datuknya, Dhiya mempunyai dua sahabat baik, Saiful dan Kiflie yang sentiasa berada di sampingnya. Malang tidak berbau, selepas taman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nenek dan datuk Dhiya terlibat dalam satu kemalangan dan Dhiya tinggal bersendirian. Selepas itu, Dhiya nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di menara gading. Tanpa memberitahu sesiapa di kampung termasuk sahabat-sahabat baiknya, Dhiya pindah.

Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa. Hidupnya sangat sukar dan dia terpaksa menjadi orang yang tabah untuk mengharungi kehidupannya seorang di bandar. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat. Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama. Aina mengetahui tentang kesusahan Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya.

Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya. Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ. Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya. Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya? Bagaimana pula persahabatan Dhiya dengan Saiful dan Kiflie?

Lagu Tema [OST] Drama Ainur Mardhiyah TV9

- Meratap Dalam Mimpi nyanyian Dato Siti Nurhaliza
- Terbaik Music Video [MV] lagu ini!



Poster Drama Ainur Mardhiyah TV9

- Tagline 'Bukan Takdir Ini Yang Ku Pinta'

poster drama ainur mardhiyah tv9
Poster drama Ainur Mardhiyah

Ulasan