Drama Urusan Hati Cik Drama Queen


Satu lagi drama arahan Michael Ang [Suri Hati Mr Pilot]. Drama ini merupakan adaptasi novel karya Areila Suhaimi. Pelakon yang terlibat adalah Scha Alyahya, Aiman Hakim Redza, Randy Pangalila, Ozlynn Watie dan Ungku Hariz .

Update : Drama Urusan Hati Cik Drama Queen bakal ditayangkan selepas tamatnya siaran drama Sayang Papa Saya Tak? Bermula 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis Jam 10 Malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Sinopsis Novel/Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

sumber : goodreads

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Gambar Drama Urusan Hati Cik Drama Queen 

Scha Alyahya [sebagai Syazlin] dan Ozlynn Watie [sebagai Husna]
scha alyahya aiman hakim redza
Aiman Hakim Redza dan Scha Al Yahya

scha alyahya aiman hakim redza
Scha Al Yahya dan Aiman Hakim Redza


Profil Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Miachael Ang dan Hadith Omar
Idea Asal : Novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Suhaimi
Pelakon : Scha Alyahya, Aiman Hakim Redza, Randy Pangalila, Ozlynn Watie, Ungku Hariz, Adriana Adnan, Nazrief Nazri, Sheila Mambo dan Aizat Hassan.
Siaran : 6 Februari 2017
Saluran : Astro Ria 104 dan Ria HD 123
Episod : 16 Episod

Poster Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

scha al yahya ozlynn
Poster Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Promo Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Ulasan