10 Rancangan Yang Patut Korang Tonton [2016]

Hari terakhir di tahun 2016. Tiba masa untuk senaraikan apa yang patut korang tonton sepanjang tahun 2016 ini. Tak kisahlah sama ada ianya filem, drama, series, anime dan macam-macam lagi rancangan. Senarai ini berdasarkan apa yang masih melekat dalam otak fikiran aku sewaktu menulis entri ini. Ahaha.

Animasi Boboiboy Galaxy

1] Boboiboy The Movie dan Boboiboy Galaxy

Filem animasi superhero Malaysia yang mengutip 15.74 juta, tempat ke-3 carta box-office Malaysia 2016. Animasi Boboiboy The Movie membawa revolusi kepada animasi tersebut yang sebelum ini hanya popular di kalangan kanak-kanak. Setiap kali balik kampung mesti tengok filem animasi ini dengan anak saudara. Boboiboy kuasa tujuh!

Diperkenalkan pula rebranding kepada Animasi Boboiboy iaitu Boboiboy Galaxy yang membawa pengembaraan Boboiboy dan kawan-kawan kepada galaksi yang lebih besar. Jangan lupa saksikan Boboiboy Galaxy setiap hari jumaat jam 5.00 petang di TV3. Terbaik!

Cast drama 38 Task Force

2] Drama Korea 38 Task Force

Drama korea yang berkisarkan seorang pengutip cukai berpadu tenaga dengan con-man untuk menipu mereka yang cuba mengelak dari membayar cukai. Tidak terlampau serius dan setiap trick yang dilakukan dijelaskan dengan teliti menjadikan rating drama ini antara yang tertinggi pernah ditayangkan di saluran berbayar OCN. Drama ini membariskan aktor hebat iaitu Ma Dong Seok dan Seo In Guk. 

Musim ke-2 Stranger Things telah diumumkan!

3] Stranger Things Series

Series terbaru dari Netflix ini memang perfect! Dari sudut supernatural, komedi, monster, crazy character, kanak-kanak comel dan misteri memang menjadi. Kita juga dibawa ke satu dunia lain yang membawa seribu satu soalan dan digarap dengan baik oleh pengarah series ini iaitu Duffer brothers. 

Ma Dong Seok dan Jang Yu Mi dalam filem Train to Busan.

4] Filem Train to Busan dan I Am a Hero

Zombie flick! Keduanya adalah terbaik. Satu filem dari korea dan satu filem lagi dari Jepun. Filem Train to Busan lebih kepada emosi dan dibawa dengan baik oleh para pelakon yang terlibat. Satu lagi projek dari aktor Ma Dong Seok.

Filem I Am a Hero tidak membawa normal zombie yang dipertontonkan sebelum ini. Zombie dikenali dengan nama ZQN, satu virus yang merebak ke seluruh dunia dan diperkenalkan watak hero, seorang yang penakut tetapi bernasib baik sebelum dia mula berubah menjadi seorang hero yang disegani.

Kedua filem lari dari normal filem zombie dan dijayakan dengan baik oleh tuan pengarah.

5] Filem The Nice Guy dan 10 Cloverfield Lane

Aku dah tonton filem The Nice Guy ini lebih dari 3 kali dan ianya tak membosankan. Memang terbaik terutama chemistry tiga watak utama iaitu Ryan Gosling, Russel Crowe dan Angourie Rice. 10 Cloverfield Lane pulak menjangkau jangkaan aku masa aku tonton di pawagam, terutama lakonan John Goodman. Memang boleh buat sakit jantung! Dua filem ini juga banyak kali tersenarai dalam antara filem terbaik tahun 2016.

3 watak utama drama Patahnya Sebelah Sayap.

6] Drama Patahnya Sebelah Sayap

Satu-satu nya drama melayu yang aku tonton sampai episod akhir tahun ini. Lakonan mantap dari tiga pelakon utama terutama Izzue Islam yang memegang watak lelaki psiko memang menjadi. Idea asal drama ini diambil dari drama korea dan diolah bersesuaian dengan latar dan budaya Malaysia. Ianya berjaya memikat hati penonton apabila berada di antara sepuluh drama rating tertinggi untuk tahun 2016.

Luffy Fourth Gear Mode!


7] Anime One Piece

One Piece is still one of my favorite anime. Aku akan tunggu episod One Piece berpuluh-puluh barulah aku tonton semula. Ahaha. Malas nak tunggu dari satu minggu ke minggu. Tahun ini One Piece telah menamatkan perjalanan krew mereka di Dressrosa apabila Luffy berjaya menewaskan Doflamingo. Luffy dengan upgrade power kepada Gear Fourth. Memang Terbaik!

8] Captain America : Civil War

Filem superhero terbaik tahun ini. Scene di lapangan terbang itu sahaja dah memadai untuk mengatakan ini adalah filem blockbuster yang tak patut dilepaskan. Filem ini juga membawa dimensi baharu kepada filem superhero apabila penjahat utama adalah manusia biasa dan tiada satu kuasa yang gah, hanya memanipulasi perasaan superhero untuk menentang antara satu sama lain. Good Job!

Running Man member!


9] Running Man 

Aku sebenarnya tak nak masukkan ini dalam list disebabkan Running Man untuk tahun ini bukanlah yang terbaik. Namun, disebabkan kontroversi dan pengakhiran siri Running Man pada tahun hadapan menjadikan ianya sangat emosi kepada semua peminat, staff dan member of Running Man. Diharapkan ianya berakhir dengan satu episod yang terbaik!

10] Anime Haikyuu Musim 3

Anime bola tampar ini terus tampil dengan satu lagi musim yang berjaya. Hanya satu perlawanan dipertontonkan dalam sepuluh episod. Karasuno vs Shiratorizawa! Dua pasukan yang mempunyai corak permainan berbeza - satu pasukan yang mementingkan kekuatan individu [dipilih antara terbaik] dan satu pasukan yang baru sahaja naik dengan corak permainan berpasukan dan daya serangan kreatif.

Ulasan