Khamis, 22 Disember 2016

Drama Encik Suami Mat Salih Celup [Slot Dahlia TV3]

nelydia senrose daler yusof
Daler Yusof dan Nelydia Senrose dalam Drama Encik Suami Mat Salih Celup

Drama terbaru bakal ditayangkan di slot dahlia TV3 bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup merupakan hasil adaptasi novel karya Yumi Hyra dengan tajuk yang sama. Drama ini dibintangi oleh Daler Yusof dan Nelydia Senrose sebagai tunjang utama.

Profil Drama Encik Suami Mat Salih Celup

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi romantik
Studio : Zamaiez Golden Pictures
Pengarah : Hashim Rejab
Idea Asal : Novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra
Pelakon : Daler Yusof, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Zalfa Zin, Nadiyah Shahab dan Boy Iman.
Tarikh Tayangan : April 2017
Saluran : Slot Dahlia TV3 [Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad] 

Sinopsis Drama Encik Suami Mat Salih Celup

- Dari novel Encik Suami Mat Salih Celup

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek ‘memelayukan’ si mat salih celup. 

Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster!

Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.

Gambar Pelakon Drama Encik Suami Mat Salih Celup

zila bakarin daler yusof
Daler Yusof dan Zila Bakarin dalam Drama Encik Suami Mat Salih Celup
nadiyah Shahab daler yusof nelydia senrose
Nadiyah Shahab, Daler Yusof dan Nelydia Senrose

Promo Encik Suami Mat Salih Celup 

Tiada ulasan: