Jumaat, 23 Disember 2016

Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire [HyppTV]

nazeera sardi ungku ismail
Ungku Ismail dan Nazeera Sardi dalam Pembancuh Kopi Mr Vampire

Drama akan datang pada tahun hadapan di saluran HyppTV bakal menggandingkan pelakon Ungku Ismail dan Nazeera Sardi sebagai pelakon utama. Drama hasil adapatasi novel dengan tajuk yang sama iaitu Pembancuh Kopi Mr Vampire merupakan drama di bawah arahan Eyra Rahman.

Profil Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Eyra Rahman [Filem Dorm Melati, Drama Si Kolot Suamiku]
Idea Asal : Novel Pembancuh Kopi Mr Vampire karya Aii Fariza
Pelakon : Ungku Ismail, Nazeera Sardi, Sharifah Shahora, Adam Shahz

Sinopsis Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire

- Dari novel Pembancuh Kopi Mr Vampire.

Selaku CEO, teori Alif Irshad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak bergadingan dengannya. Alif Irshad dengan yakin memberitahu temannya Saiful. Namun, kata-kata tersebut memakan diri apabila dia jatuh cinta dengan Nuzul, pekerja kafe Saiful dan kawan baik isterinya Laila. Mulanya, dia menafikan, namun setelah yakin, akhirnya dia memikat Nuzul. 

Semuanya sempurna apabila keluarga Alif merestui pilihan anak mereka. Namun Melati dan dan ibunya Datin Maizah cuba menghasut Pn Sri Ayuni dengan memburukkan Nuzul di matanya. Lagi-lagi adik Nuzul yang sindrom down menjadi alasan. Dia memaksa Alif meninggalkan Nuzul kerana tidak mahu keturunannya kurang upaya.

Keadaan berubah apabila Alif kemalangan dan terlantar lumpuh setelah pemergiaan Nuzul. Gadis itu pergi membawa separuh nyawanya. Alif seakan hilang kewarasan.Dia tenggelam punca. Pn Sri Ayuni sedar akan kesilapannya. Irina, adik Alif cuba membantu memulihkan abangnya.

Empat tahun berlalu, Alif dan Nuzul bertemu semula dengan helah Irina. Kerana marah, Alif cuba menyusahkan Nuzul. Malangnya itu cuma ego. Masing-masing masih mempunyai rasa cinta. Mereka bersetuju menyambung semula ikatan yang terputus. Alif mahukan kebenaran tentang perkara sebenar empat tahun lepas. Nuzul tidak mahu mengeruhkan hubungan ibu dan anak, lalu mengambil langkah berdiam diri. Kemalangan kecil pada ibunya, membuatkan kepercayaan Alif pada Nuzul. Akhirnya rahsia sebab Nuzul meninggalkan Alif dibongkar sendiri oleh Puan Sri Ayuni. Alif berasa bersalah apatah lagi setelah mendapat tahu kematian adik Nuzul. Dia cuba memujuk Nuzul.

ungku ismail nazeera sardi
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah dan Ungku Ismail sebagai Alif Irshad

Tiada ulasan: