Drama Dia Anak Jeneral [RTM TV2]


Sebuah drama bakal ditayangkan di TV2 RTM dan juga merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu Dia Anak Jeneral. Drama ini diarahkan oleh Khalid Nadzri dan watak utama dipegang oleh Fattah Amin dan Niena Baharun.

Profil Drama Dia Anak Jeneral 

Studio : A Aida Production
Pengarah : Khalid Nadzri
Idea Asal : Novel 'Dia Anak Jeneral' karya Hezzy Azra
Skrip : Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim dan Najmie M Aziez
Pelakon : Fattah Amin, Niena Baharun, Azam Pitt, Fad Anuar, Mimi Ernida, Aida Khalida dan Mas Khan
Episod : 26 Episod
Durasi : 60 Minit setiap episod
Siaran : RTM TV2

Sinopsis Drama Dia Anak Jeneral

Kalau sudah berbintikan Hambali,semuanya akan diatur termasuklah calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Syirin harus akur. Kehadiran Zakhif telah mengoyahkan hati Syirin. Saling terpesona,hati dibaluti bahagia. Tapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuat cinta mereka, hebat lagi risiko bakal  menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dekat satu tekad. Zakhif mula pening. Mampukah dia hantar rombongan meminang? Yang nak dipinang adalah anak kepada Leftenan Jeneral Hambali. Kisah cinta yang mudah menjadi payah kerana dia anak Jeneral.

Gambar Pelakon Drama Dia Anak Jeneral

fad anuar azam pitt fattah amin
Fad Anuar, Fattah Amin dan Azam Pitt

niena baharun aida khalida
Aida Khalida dan Niena Baharun

niena baharun
Niena Baharun

Ulasan