Drama Namaku Bedah [Slot Kelakarama TV9]

[Krew dan Pelakon Drama Namaku Bedah TV9]  

Satu lagi drama adaptasi novel bertajuk Namaku Bedah bakal disiarkan di slot kelakarama TV9, namun tarikh mula tayang masih belum dipastikan. Pelakon utama adalah Aishah Azman yang memegang watak Bedah.

Update : Tarikh tayang 5 Februari 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad Jam 8.30 malam di TV9.

Profil Drama Namaku Bedah TV9

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Komedi
Studio : Tanah Berisi Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Idea asal : Novel Namaku Bedah karya Ikmal Shah
Skrip : Shahremy Ikmal
Pelakon : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Ardell Aryana, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Syainie Aida, Hanif Safuan, Radhi Khalib dan Rashidah Jaafar.
Episod : 20 Episod
Tarikh Tayang : 5 Februari 2017

Sinopsis Drama Namaku Bedah

- Sumber dari novel

Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah. Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Bagaimana aku akan mendaftar di kolej dengan nama itu? Gadis secantik aku bernama Bedah! Tidak padan, bukan? Dengan nekad, aku menggunakan nama baru di kolej.

Gambar Pelakon Drama Namaku Bedah TV9

aisha azman hanif safuan
Hanif Safuan dan Aisha Azman dalam drama Namaku Bedah
niezam zaidi
Niezam Zaidi dalam drama Namaku Bedah TV9
razak ahamd rashidah jaafar
Razak Ahmad dan Rashidah Jaafar
aisha azman
Aishah Azman

Promo Namaku Bedah TV9 [2017]

Ulasan