Filem Adiwiraku The Movie [2017]

Adiwiraku The Movie teaser poster
 [Sakit itu sementara, Kegemilangan itu selamanya]

Trailer filem Adiwiraku menjadi viral di facebook dan sememangnya mendapat reaksi dan komen positif dari rakyat Malaysia. Ramai yang tak sabar menanti tayangan filem ini nanti. Adakah filem Adiwiraku ini berjaya mengulangi filem Ola Bola? Box Office dengan kutipan melebihi 15 Juta? Kita tunggu dan lihat sahaja 9 Mac 2017 nanti ye.

Profil Filem Adiwiraku The Movie [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Sekolah / Drama
Penerbit : SOL Pictures Sdn Bhd, ICEBERG dan Filmecca Studio
Pengarah : Eric Ong
Idea Asal : Cheryl Ann Fernando
Lakon Layar : Eric Ong dan Jason Chong
Penulis Skrip : Jason Chong dan Yentanamera Wahab
Pengarah Fotografi : Husni Abu Hassan
Penyunting : Alex Tang
Lagu Tema [OST] : Shamsul Cairel Abdul Karim
Pelakon : Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Adnin Zidane, Irdina Tasnim, Rizal, Balqis, Fara Safwan dan Wan Azlyn.
Tarikh Tayangan : 9 Mac 2017

Sinopis Filem Adiwiraku The Movie 2017

Adiwiraku adalah berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Dengan penggambaran sepenuhnya di Sungai Petani, Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal Sungai Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.

Trailer Filem Adiwiraku The Movie 2017



Gambar Pelakon Adiwiraku The Movie [2017]

Gambar pelajar melakukan choral speaking. Adiwiraku The Movie.

Sangeeta Krishnasamy dalam filem Adiwiraku The Movie

Ulasan