Deadpool 2 Movie [2018]



We got a teaser!

Aku bukanlah fans untuk first film Deadpool walau kebanyakkan orang sukakan filem ini. Mungkin sebab bahasa yang digunakan sangat kasar dan tone yang sangat sarkastik berbanding kebanyakkan filem superhero yang lain. Tengok teaser ni sahaja, memang membaham superman yang tukar suit sekajap je. ahahaha. Siap ada cameo Stan Lee lagi tu.

Setelah kejayaan filem pertama yang pecah panggung di seluruh dunia, dan bajet yang sangat kurang digunakan berbanding filem superhero lain. Semestinya sekuel filem ini menjadi penantian para peminat. Ryan Reynolds sekali lagi akan menjadi superhero dengan healing power yang sangat amazing ini. Serius power gila kuasa Deadpool ini. 

wade wilson deadpool
Deadpool 2 Movie 2018

Teaser Deadpool 2 ini dipertontonkan kepada umum sewaktu tayangan filem Logan yang tengah hangat ditayangkan sekarang. Sebelum ini, pun ada rumors mengatakan Logan dan Deadpool akan berganding dalam satu filem. Mungkin bukan Hugh Jackman sebab filem Logan merupakan filem terakhir Hugh sebagai Wolverine.

Untuk Deadpool 2, dikatakan watak Cable atau Nathan Summers akan muncul dalam filem tersebut. Mungkin kurang popular watak Cable ini namun dia merupakan anak kepada Jane Grey dan Cyclops. So, dia punya power sudah semestinya terbaik. Cuma aku sendiri tak tahu sama ada watak Cable ini akan jadi kawan atau lawan dengan watak Deadpool sendiri. Kena tunggu sahaja filem Deadpool 2 yang bakal ditayangkan pada 2 Mac 2018 di Amerika, di Malaysia belum tahu lagi.

Profil Deadpool 2 Movie

Bahasa : English [Amerika]
Genre : Superhero / Aksi 
Pengarah : David Leitch
Penulis : Drew Goddard
Pelakon : Ryan Reynolds sebagai Deadpool aka Wade Wilson
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2018 [US]

Ulasan