Drama Tomodachi Game [2017]

tomodachi game poster
Tomodachi Game 2017 drama poster

Satu lagi drama Jepun yang bakal diadaptasi dari sebuah manga dengan tajuk yang sama iaitu Tomodachi Game. Tomodachi Game manga telah dikeluarkan pada tahun 2014 hasil ciptaan Yamaguchi Mikoto dan Satou Yuuki. Ianya satu genre favorite pembikin manga Jepun iaitu survivor. Drama ini bakal disiarkan bermula 6 April 2017.


Profil Drama Tomodachi Game

Bahasa : Jepun [Japanese]
Genre : Psikologi / Survivor
Idea Asal : Manga 'Tomodachi Game" karya Yamaguchi Mikoto dan Satou Yuuki
Pelakon : Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Silk Road, Sheishuu Uragami, Yuuka Ueno dan Yuki Kabota.
Saluran : TVK
Tarikh Tayangan : Bermula 6 April 2017

Sinopsis Drama Tomodachi Game

- In Bahasa

Tomodachi Game menceritakan kisah Katagiri Yuichi yang percaya rakan adalah lebih penting dari wang. Yuichi bekerja keras mengumpul wang untuk terlibat sama dalam lawatan sekolah bersama empat rakan baiknya. Namun, wang yang dikumpul untuk lawatan bersama telah dicuri dan dua rakan baik Yuichi menjadi suspek utama iaitu, Sawaragi Shiho dan Shibe Makoto.

Tidak lama kemudian, mereka berlima yang merupakan rakan karib diculik dan ditempatkan di dalam sebuah bilik khas untuk satu permainan bernama 'Friendship Game' untuk menyelesaikan hutang besar yang mereka miliki. Maka bermulalah satu permainan psikologi yang bakal merungkai segala persoalan dan menguji kesetiaan persahabatan mereka.

- In English

When Yuichi Katakiri [Ryo Yoshizawa] was a child, his mother taught him that friends are more important than money. Now, as a high school student, Yuichi prioritizes friends over money. One day, Yuichi and his friends become involved in the "Friends Games" which carries large amounts of money. 

Teaser Tomodachi Game Drama

Ulasan