Filem Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior [2017]

Poster Filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior

Filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior telah ditunda beberapa kali tarikh penayangan, namun ianya telah dipastikan bahawa filem ini bakal ditayangkan pada 16 Mac 2017. Filem ini mengambil anak kandung Kanang Anak Langkau sebagai pelakon utama iaitu Langgi Datuk Kanang. Selain Langgi Datuk Kanang, filem yang diarahkan oleh Bade Hj Azmi ini juga menampilkan Adi Putra, Johan Asari dan Adam Shahz.  

Filem Kanang Anak Langkau ini adalah berdasarkan kisah benar perjuangan sarjan Kanang Anak Langkau menentang Komunis. Kanang Anak Langkau adalah seorang askar berbangsa Iban dari Rejimen Renjer Diraja dalam Angkatan Tentera Malaysia (1962 - 1983). Beliau dianugerahkan dua pingat iaitu Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981 atas sumbangan beliau mempertahankan tanah air. Pada tarikh 3 Januari 2013, Kanang Anak Langkau diisytiharkan meninggal dunia akibat serangan jantung.


Profil Filem Kanang Anak Langkau : The Iban Warrior 2017

Bahasa : Melayu / Iban [Malaysia]
Genre : Aksi / Patriotik
Studio : Empire Film Solution dan Tangan Seni Sdn Bhd
Pengarah : Bade Hj Azmi
Pelakon : Adi Putra, Johan Asari, Langgi Datuk Kanang, Livonia Ricky, Jimmy Leong, Adam Shahz, Aidil Aziz, Jay Iswazir, Jerrica Lai, Ruzana Ibrahim, Zack X Factor, Ali Arami dan Sofian Bujang.
Tarikh Tayangan : 16 Mac 2017
Durasi : 1 Jam 46 Minit

Trailer Kanang Anak Langkau The Iban Warrior Movie 2017


OST Kanang Anak Langkau The Iban Warrior 2017

Nyanyian Hazama, lagu bertajuk 'Agi Idup Agi Ngelaban'.
Komposer : Anuar Ab Razak
Lirik : Azlan & The Typewriter
Muzik Video oleh Bade Hj Azmi



Interview Pengarah dan Pelakon Filem Kanang Anak Langkau 


Gambar Pelakon Filem Kanang Anak Langkau 2017


jay iswazir
Jay Iswazir sebagai Perwira Ranger Abdullah Bin Chik.

johan as'ari
Johan As'ari sebagai Lans Koperal Wan Shapudin Abu Kassim.

Banner Filem Kanang Anak Langkau 2017

Banner Poster Filem Kanang Anak Langkau. Tagline 'Agi Idup Agi Ngelaban'

Ulasan

klu tayang bln julai pon ok gak. sesuai utk hari pahlawan.
Unknown berkata…
Dalam filem prebet badul Nampak tentera darat Malaysia yang berdisiplin berjuang menentang komunis,dalam filem ni Nampak askar yang bersama Kanang tu Macam askar2 Abu sayaf je, berjanggut, rambut Panjang terpekik2 dalam hutan, Macam tu ke rupa askar renjer pada masa tu,buat malu tentera Malaysia je
jolabu berkata…
Saya baru selesai menonton ada 4 orang ajer dalam pawagam. Bukan tak hormat, saya hanya melaporkan.