Tiger Zinda Hai Movie [2017]

poster Tiger Zinda Hai Movie [2017]
Tiger Zinda Hai [2017] movie

Selepas tonton filem Sultan baru-baru ini, aku carilah filem akan datang pengarah dan penulis filem tersebut iaitu Ali Abbas Zafar. Baru tahu yang filem Sultan mendapat box-office di India dan seluruh dunia, berada di tempat kedua senarai box office 2016 [tempat pertama filem Dangal lakonan Amir Khan] dan tempat kelima senarai Box Office filem Bollywood sepanjang zaman. Memang terbaik!

Untuk filem terbaru Ali Abbas Zafar, juga gabungan dengan pelakon utama filem Sultan iaitu Salman Khan, sebuah filem bertajuk Tiger Zinda Hai. Tiger Zinda Hai ini merupakan filem sekuel kepada Ek Tha Tiger [dikeluarkan pada tahun 2012], kisah mengenai Agen Tiger dari RAW [Research and Analysis Wing] - macam FBI kot untuk negara India.  

Tarikh Tayangan filem Tiger Zinda Hai pada 22 Disember 2017. Masih tak banyak yang didedahkan mengenai filem ini, tunggu sahaja update filem ini nanti. 

Profil Filem Tiger Zinda Hai

Bahasa : Hindi [India]
Genre : Aksi
Pengarah : Ali Abbas Zafar
Penulis : Ali Abbas Zafar
Pelakon : Salman Khan [Tiger]. Katrina Kaif [Zoya], Girish Karnad [Shenoy], Pradeep Rawat, Samir Kochhar, Mita Vashisht.
Tarikh Tayangan : 22 Disember 2017

Sinopsis Filem Tiger Zinda Hai

RAW agent Tiger/Avinash Singh Rathore returns from the dead to take on an international terrorist organisation but this time he has his wife Zoya by his side.

Ulasan