Drama Biniku Ninja 2017 [Astro Oasis]

[Drama Biniku Ninja akan datang di Astro Oasis] 

Sebuah drama terbaru bakal diterajui pasangan suami isteri iaitu Ungku Hariz dan Jihan Musa. Berdasarkan buku tulisan Azlan Andi berjudul Biniku Ninja yang menceritakan pengalaman mereka sebagai suami isteri yang menetap di luar negara. Drama ini bakal ditayangkan pada bulan ramadhan nanti di saluran Astro Oasis.

Profil Drama Biniku Ninja 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Anomalous Film
Pengarah :
Penulis :
Idea Asal : Buku 'Biniku Ninja' karya Azlan Andi
Pelakon : Ungku Hariz, Jihan Musa, Mark Adam, Zain Hamid, Sabrina Rafiz.
Siaran : Slot Raihana Astro Oasis
Tarikh Tayang : Jun 2017

Sinopsis Drama Biniku Ninja 2017

Sumber : Goodreads [novel]

Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni. Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar. Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

Ungku Hariz sebagai Azlan Andi
Jihan Musa sebagai Sabatini Dzue
Mark Adam sebagai Andi
Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis  

Gambar Pelakon Drama Biniku Ninja Astro Oasis

Jihan Musa dan Ungku Hariz
Jihan Musa dan Ungku Hariz
Mark Adam, Ungku Hariz, Sabrina Rafiz dan Jihan Musa

Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis

Ulasan