Review : Headshot dan Sing [Movie]

Poster filem Headshot 2016


Jalan cerita cliche tetapi aksi terbaik [3/5]

Jalan cerita ini memang kamu boleh expect dari awal lagi. haha. Memang takde twist yang buat korang rasa mind blowing. Mengisahkan Ishmael yang hilang ingatan setelah ditemui di tepi pantai oleh seorang pakcik. Dari situ bermula hidup baru Ishmael, namun tak lama apabila kehidupan lampau dia yang sebagai penjenayah dikehendaki kembali menghantui.

Walaupun jalan cerita kurang, aksi yang ditonjolkan dari awal sampai akhir memang terbaik. Paling suka, masa fist fight dan setiap orang ada aksi atau kelebihan senjata tersendiri. Efek darah macam filem Iko Uwais yang lain, memang merecit-recit dan adalah dilarang sama sekali untuk makan sewaktu menonton filem ini kalau jenis perut tak kuat. Memang gila

Satu kelemahan filem ini, setiap watak kurang dikembangkan dan takde trademark yang menonjol. Kamera pun nampak banyak bergoyang. Still, aksi filem ini memang tak menghampakan dan fight scene last antara Ishmael atau Abdi dengan Lee memang best. Thumbs up!  Kalau peminat filem aksi atau martial arts, memang patut tonton filem Headshot ini.

Sing Poster 2016.


Not the best! But still enjoyable [3/5]

Sing merupakan sebuah animasi muzikal dan ianya adalah sangat menghiburkan. Mungkin disebabkan limited knowledge mengenai muzik yang dimainkan buat aku kurang terhibur, tetapi still its enjoyable to watch dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Berbanding Sing, aku lebih sukakan Frozen atau Zootopia. Tapi Sing masih merupakan filem yang menghiburkan.

Jalan cerita yang agak cliche, mengisahkan seorang [atau seekor?] koala yang cuba menyelamatkan teater yang dibeli ayahnya dari disita pihak bank - dia mengadakan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat untuk next performance which he think will be huge. Jadi, bermula lah pertemuan Koala dengan makhluk-makhluk lain yang boleh menyanyi tetapi ada sisi dan cerita hidup yang berbeza. Namun, mereka semua mempunyai satu matlamat yang sama.

Dari segi animasi memang superb dan selebriti yang dipilih untuk alih suara juga spot on!

Ulasan