Review : Kung Fu Yoga dan Gantz 0 [Movie]

jackie chan
Kung Fu Yoga movie poster

Kung Fu Yoga - is huge step down. [1/5]

Memang tak puas hati macam mana filem ini boleh box office gila-gila kat Malaysia. Bila berjaya tengok, memang tak puas hati. haha. Serius tak best dan aku asyik terfikir kenapa Jackie Chan terima projek ini. Filem Jackie Chan memang belum pernah buat aku kecewa dari zaman police story hinggalah yang terbaru skiptrace, sekurangnya we have a good action kalau storyline ke laut. Tetapi filem Kung Fu Yoga, serius memang huge step down. 

Aksi dihancurkan dengan CGI yang melampau dan nampak sangat tak logik. Banyak scene-scene yang tak perlu, karektor-karektor sampingan takde chemistry lagi-lagi watak puteri [lakonan Disha Patani] dengan Jackie Chan. Watak sampingan pun terlalu berserabut, sekejap ada - sekejap takde. Macam chipsmore dah!

Kesimpulannya, memang betul-betul kurang dari segala segi. Sangat tak direkomen untuk ditonton, mungkin boleh tengok sekali sahaja dan terus delete dari ingatan. Jackie Chan worst movie ever!

kato
Gantz O movie poster


Gantz : O - Salah satu filem animasi 3D terbaik. [4/5]

Adaptasi filem terbaik untuk siri Gantz. Bukannya filem stand-alone. Kalau ini first time korang dengar tentang Gantz, memang akan confuse dengan filem ini sebab takde penerangan langsung, terus aksi! aksi! dan aksi! Ada sedikit drama / romantik moment. Just pass through that! haha.

Filem kali ini fokus kepada watak Kato, seorang pelajar sekolah yang membesarkan adiknya seorang diri ditikam oleh seorang lelaki di sebuah stesen kereta api apabila cuba menyelamatkan seorang warga tua yang turut ditikam. Kato kemudian dibangkitkan di dalam sebuah bilik bersama dengan survivor lain dan terpaksa turut serta dalam survival game. Survivor lain yang kita telah diperkenal watak mereka dalam manga antaranya watak Reika dan Nishi.

Kali ini mereka dihantar ke Osaka [biasanya mereka berlawan di Tokyo] di mana mereka bertemu dengan team Osaka. Bermula dari situ, watak baru diperkenalkan [mungkin ada dalam manga, tetapi aku tak baca habis pun manga] dan aksi melawan alien bermula. Alien kali ini memang dasyat dan mempunyai kekuatan yang berbeza. Boss paling besar memang power sehingga pemain terbaik Osaka pun tewas. 

Animasi untuk filem kali ini memang terbaik. A must see action 3D animation movie! Macam biasa, teknologi yang digunakan untuk melawan alien memang buat tergamam, cool habis! Lagi-lagi karektor Oka. Its the best things about Gantz. Aku memang rekemen untuk tonton lagi-lagi mereka yang tahu serba sedikit mengenai dunia manga Gantz.

Ulasan