Drama Titian Cinta [2017]

Pelakon drama Titian Cinta TV3.

Drama Titian Cinta yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 juga merupakan sebuah drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama kerja Ridhya Iman. Drama ini di bawah arahan Heykal Hanifah dan dibarisi pelakon Zul Ariffin, Daler Yusof dan Farah Nabila sebagai watak utama. Tarikh tayangan belum dapat dipastikan.

Profil Drama Titian Cinta TV3 Akasia

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Heykal Hanifah
Idea Asal : Novel Titian Cinta karya Ridhya Iman
Studio : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Farah Nabila, Zul Ariffin, Daler Yusof, Dottie Abraz dan Tisha Shamsir.
Episod :
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayang : 2017

Farah Nabila sebagai Aisy
Zul Ariffin sebagai Harris
Daler Yusof sebagai Rayyan
Tisha Shamsir sebagai Sofia
Dottie Abraz sebagai Sakeena

Sinopsis Drama Titian Cinta 2017

- Kalau minat baca novel, boleh ke blog tuan empunya novel; Ridhya Iman 

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?   

Gambar Pelakon Drama Titian Cinta TV3

daler yusof farah nabila
Daler Yusof [Rayyan] dan Farah Nabila [Aisy]

farah nabila dottie abraz
Dottie Abraz [Sakeena] dan Farah Nabila [Aisy]

farah nabila daler yusof
Daler Yusof bersama Farah Nabila dalam drama Titian Cinta.


daler yusof zul ariffin
Zul Ariffin dan Daler Yusof

zul ariffin daley yusof
Harris dan Rayyan

Ulasan