Filem Blok 404 [2017]

barisan pelakon
Barisan pelakon filem Blok 404

Telefilem Blok 404 yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2003 akan dihasilkan ke layar perak dan bakal ditayangkan pada hujung tahun ini. Filem Blok 404 masih ada mengekalkan pelakon dari telefilem Blok 404 iaitu Boy Iman, Raja Azrey dan Zamarul Hisyam selain pelakon-pelakon baharu seperti Amar Ashraf, Nur Risteena, Nadia Brian dan Aedy Ashraf.

Profil Filem Blok 404 [2017]

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Thriller Seram
Pengarah : Isma Yusof
Studio : DBI Entertainment
Pelakon : Boy Iman, Nur Risteena Munim, Nadia Brian, Amar Ashraf, Aedy Ashraf, Zamarul Hisyam, Raja Azrey dan Fasha Sandha.
Tarikh Tayang : Disember 2017

Boy Iman sebagai Zul
Nadia Brian sebagai Intan
Amar Ashraf sebagai Amar
Nur Risteena Munim sebagai Misha
Aedy Ashraf sebagai Duan
Fasha Sandha sebagai Suri

Sinopsis Filem Blok 404 [2017]

Filem Blok 404 mengisahkan tentang pengembaraan tiga sahabat iaitu Zul [Boy Iman], Intan [Nadia Brian] dan Hairi [Amar Ashraf]. Namun, perjalanan mereka terbantut selepas kereta yang mereka naiki rosak di tengah jalan. Mereka terpaksa keluar daripada kereta tersebut untuk mendapatkan bantuan dan akhirnya ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Rumah Tamu 404.

Selain tiga sahabat itu, terdapat juga beberapa orang yang turut terheret ke rumah tersebut. Misha [Nur Risteena] pula menerima tawaran bekerja di rumah tamu tersebut, manakala Duan [Aedy Ashraf] ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi review tentang lokasi terbabit. Namun dia berasakan ada sesuatu yang aneh di rumah tersebut. Mereka tidak sedar yang rumah tersebut menjadi studio rakaman sebuah program realiti yang penuh sadis sekali.

Trailer Filem Blok 404 [2017]


Gambar Pelakon Filem Blok 404 [2017]

zamarul hisyam raja azrey
Zamarul Hisyam dan Raja Azrey

fasha sandha
Fasha Sandha
nur risteena
Nur Risteena

amar ashraf nadia brian
Amar Ashraf dan Nadia Brian

Ulasan