Drama Sara Kirana [2017]

Pelakon utama - Hafreez Adam dan Mia Ahmad

Drama Sara Kirana merupakan satu lagi karya adaptasi novel yang bakal menggandingkan Hafreez Adam dan Mia Ahmad sebagai pelakon utama. Drama arahan Amie Maziah ini merupakan drama terbitan Suhan Movie and Trading untuk rancangan di slot RTM. Tarikh tayangan bermula juga tidak dapat dipastikan.

Profil Drama Sara Kirana RTM

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amie Maziah
Idea Asal : Novel Sara Kirana karya Ramlah Rashid
Studio : Suhan Movie and Trading Sdn Bhd
Pelakon : Hafreez Adam, Mia Ahmad
Episod : Belum Pasti
Siaran : RTM
Tarikh Tayang : Belum Pasti

Sinopsis Drama Sara Kirana RTM

Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.

Ulasan