Drama Lafazkan Kalimah Cintamu [2018]

farid kamil nelydia senrose
Nelydia Senrose dan Farid Kamil dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Satu lagi drama adaptasi novel bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah. Novelis popular ni. Mesti ramai yang akan menonton nanti! Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini bakal diarahkan oleh Along Kamaludin dan pelakon utama dibintangi oleh Farid Kamil dan Nelydia Senrose. 

Profil Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Along Kamaludin
Idea Asal : Novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah
Penerbit : SR ONE Sdn Bhd
Pelakon : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Erissa Puteri dan Nur Qistina Raisah.
Episod : -
Siaran : Astro Ria 104
Tarikh Tayang : 15 Januari 2018

Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer 
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018
- Sinopsis Novel; goodreads

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.  

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. 
  
Gambar Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018 

tengku ryan tengku aqilah
Farid Kamil dan Nelydia Senrose dalam Drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

erissa puteri nur qistina raisah
Erissa Puteri dan Nur Qistina Raisah - dua pelakon cilik dalam drama ini.


farid kamil nelydia senrose afro
On set drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Ulasan