Filem KL Special Force [2017]

rosyam nor syamsul yusof
Rosyam Nor dan Syamsul Yusof - Dua tonggak utama filem KL Special Force

Filem KL Special Force merupakan filem arahan Syafiq Yusof yang baru berusia 23 tahun. Syafiq Yusof pernah mengarahkan filem seperti Villa Nabila, Abang Long Fadhil dan SAM : Saya Amat Mencintaimu. Filem terbarunya yang bertajuk KL Special Force merupakan usaha bersama antara Skop Production Sdn Bhd, Viper Studios Sdn Bhd dan Damofa Production Sdn Bhd.

Filem yang telah memulakan pengembaraan pada 15 Mei 2016 itu meletakkan Rosyam Nor, 49 sebagai pelakon utama. Memang jarang dalam industri perfileman Malaysia mengambil pelakon berusia sebagai watak utama. Syabas kepada Syafiq Yusof atas taruhan berani ini.

Siapa yang tidak kenal akan pelakon hebat Rosyam Nor? Sejak daripada filem Gila-Gila Remaja Lagi. Aku suka dua filem hebat lakonan Rosyam Nor iaitu Suami, Isteri & .... dan filem Lenjan. Siapa boleh lupa watak Castello dalam Gerak Khas The Movie. Terbaik kan!

Selain Rosyam Nor, pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam filem KL Special Force adalah Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson, Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam dan Mustaqim Bahadon.

Filem KL Special Force bakal ditayangkan pada tahun hadapan [baca: 2017]. Tarikh sebenar tayangan masih belum dipastikan. Layan gambar para pelakon dan behind the scene photo dahulu ye.

behind the scene photo
Salah satu scene letupan dalam KL Special Force movie.

esma daniel
Esma Daniel dalam filem KL Special Force

fattah amin
Fattah Amin dalam KL Special Force.

pelakon dan crew photo
Crew dan Para Pelakon dalam KL Special Force 2017

rosyam nor
Salah satu aksi Rosyam Nor dalam KL Special Force

syamsul yusof
Syamsul Yusof dalam filem KL Special Force

rosyam nor
Rosyam Nor dalam KL Special Force 2017


Banyak lagi gambar para pelakon dan behind the scene photo boleh tengok di instagram Rosyam Nor [@iamrosyam] dan Jurufoto Nazri [@Thehitman Nazri]. 

Ulasan