Drama Gantung [Astro First]

Drama bersiri Gantung bakal ditayangkan di Astro First
 [Gita Sucia, Hafeez Adam, Ikmal Amry, Randy Pangalila, Brandon Salim dan Mentari De Marelle]

Satu lagi drama hasil gabungan Malaysia dan Indonesia dan merupakan adaptasi novel fixi bertajuk Gantung karya Nadia Khan. Pelakon yang terlibat adalah Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafeez Adam dan Brandon Salim. 

Profil Drama Gantung 2017


Bahasa : Melayu [Malaysia + Indonesia]
Studio : Red Communication
Idea Asal : Novel fixi karya Nadia Khan dengan tajuk 'Gantung'
Pelakon : Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafeez Adam, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia.
Siaran : 2017
Saluran : Astro First

Sinopsis Drama Gantung [Astro First]

Empat orang remaja lelaki bersepakat untuk tidak jatuh hati dengan mana-mana gadis dan akan sentiasa mendahulukan persahabatan. Sehinggalah ketua kumpulan mereka, Gibbs [lakonan Randy] yang jatuh cinta dengan ketua pelajar wanita yang baharu iaitu Fara. 

Pada masa sama, Deepa [rakan sebilik Fara] yang selama ini menaruh perasaan kepada Gibbs kecewa apabila mengetahui lelaki itu menyukai Fara dan pelbagai perkara pelik mula berlaku di kolej itu. Deepa dikatakan mengamalkan perbuatan syirik dan pemujaan di kolej tersebut yang selama ini memang terkenal dengan kisah-kisah seram dalam kalangan masyarakat setempat.

Gambar Pelakon Drama Bersiri Gantung 2017

ikmal amry randy pangalila
Ikmal Amry sebagai Ray dan Randy Pangalila sebagai Gibbs

hafeez adam randy pangalila ikmal amry brandon salim
Watak utama drama Gantung 2017
 

Ulasan

citer seram / psycho mmg best & layan.. klu kene p'ceritaannye.