Filem Kau Yang Satu [2017]

izara aishah aaron aziz
Izara Aishah dan Aaron Aziz dalam filem Kau Yang Satu.

Satu lagi novel popular bakal difilemkan. Kali ini giliran novel 'Kau Yang Satu' karya Nia Azalea. Filem arahan Osman Ali ini meletakkan Aaron Aziz [Isteri Tuan Ihsan] dan Izara Aishah [Cinta Masam Manis] sebagai pelakon utama. Tarikh tayangan filem ini belum dapat dipastikan lagi. Tunggu update ye.

Tarikh Tayang filem Kau Yang Satu pada 27 Julai 2017.
Boleh tonton trailer kat bawah.

Profil Filem Kau Yang Satu

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik / Drama
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Idea Asal : Novel Kau Yang Satu karya Nia Azalea
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Amyra Rosli, Soo Wincci, Mustakim Bahadon, Hisham Hamid dan Kodi Rasheed.
Tarikh Tayang : 27 Julai 2017

Gambar Pelakon Filem Kau Yang Satu

amyra rosli izara aishah
Amyra Rosli dan Izara Aishah
izara aishah aaron aziz
Izara Aishah dan Aaron Aziz

aaron aziz soo wincci
Aaron Aziz dan Soo Wincci dalam filem Kau Yang Satu.
taufik dan salina
Izara Aishah dan Aaron Aziz


Sinopsis Filem Kau Yang Satu

Sumber : Aznanie [Sinopsis dari novel]

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung. 

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia. 

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.
Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

Interview Pelakon Filem Kau Yang Satu 

- Hisham Hamid


Trailer Filem Kau Yang Satu 2017



Poster Filem Kau Yang Satu

taufik salina
Poster Filem Kau Yang Satu

aaron aziz izara aishah hisyam hamid soo wincci
poster Filem Kau Yang Satu #2
Poster Filem Kau Yang Satu 3#

Ulasan