Drama Awak Suka Saya Tak [2017]

Alvin Chong dan Emma Maembong dalam drama Awak Suka Saya Tak

Novel pertama karya Melur Jelita bakal diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri dengan tajuk yang sama, Awak Suka Saya Tak. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan watak utama iaitu Hilman dan Intan dipegang oleh Alvin Chong dan Emma Maembong. Tunggu update yea!

Profil Drama Awak Suka Saya Tak Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita
Studio : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi
Episod : 16 Episod
Siaran : Astro Ria / Ria HD
Tarikh Tayang : 

Alvin Chong sebagai Hilman Yong
Emma Maembong sebagai Intan

Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak? Astro Ria

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya, seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Gambar Pelakon Drama Awak Suka Saya Tak? Astro Ria

alvin chong emma maembong
Alvin Chong dan Emma Maembong

alvin chong
Alvin Chong sebagai Hilman Yong

Ulasan