Filem I'm Not A Terrorist [2017]

afiq muaz chacha maembong gulsan grover rahul dev farida jalal
Poster Filem I'm Not A Terrorist 2017

Satu filem berjudul I'm Not A Terrorist akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 5 Oktober 2017 nanti. Filem gandingan Malaysia dan Bollywood ini dibarisi oleh gabungan pelakon seperti Afiz Muiz, Chacha Maembong, Gulshan Grover, Rahul Dev dan Farida Jalal. Boleh baca info berkaitan filem ini yea;


Profil Filem I'm Not A Terrorist 2017

Bahasa : Melayu/Hindi
Genre : Drama Aksi Romantik
Pengarah : Arjin Uppal
Studio : White Merpati Entertainement Sdn Bhd
Pelakon : Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan dan Betty Benafe.
Durasi : 1 Jam 50 Minit
Tarikh Tayangan : 5 Oktober 2017

Sinopsis Filem I'm Not A Terrorist

Dilahirkan di Kashmir, Ummar telah dihantar oleh ibunya untuk tinggal bersama makciknya di Malaysia. Di sana, dia telah menyambung pengajian di sebuah universiti dan jatuh cinta dengan seorang pelajar wanita bernama Dayana yang merupakan anak kepada seorang tokoh perniagaan. Apabila Ummar mendapat tahu ibunya sedang nazak, Dayana telah membantunya membeli tiket penerbangan ke Kashmir. Namun Ummar tidak tahu yang Dayana turut mengikutnya kerana perasaan ingin tahu selain mahu mengembara. Ketika di sana, Dayana mendapati kebenaran di sebalik mengapa Ummar dihantar jauh dari kampung halamannya selepas terperangkap dengan pengganas.

sumber : cinema.com.my

Trailer Filem I'm Not A Terrorist 2017


Gambar Pelakon Filem I'm Not A Terrorist 2017

afiq muaz chacha maembong
Afiq Muaz dan Chacha Maembong

gulsan grover rahul dev
Gulsan Grover dan Rahul Dev

farida jalal
Farida Jalal

Ulasan