Ahad, 8 Januari 2017

Drama Menanti Februari [Slot Samarinda TV3]

afiq muiz zul ariffin nur fatiya
Tiga pelakon utama drama Menanti Februari - Afiq Muiz, Nur Fatiya dan Zul Ariffin.

Drama samarinda terbaru arahan Ayie Mustafa setelah kejayaan drama Patahnya Sebelah Sayap yang dikeluarkan pada tahun 2016. Drama berjudul Menanti Februari ini ditunjangi oleh tiga pelakon utama iaitu Nur Fatiya, Zul Ariffin dan Muhamad Afiq Muiz.

Zul Ariffin banyak juga projek untuk tahun 2017. Dua filemnya dalam perhatian peminat iaitu Tombiruo dan J Revolusi yang keduanya dijangka pecah panggung bila ditayangkan kelak. Dua-dua filem tersebut dia pegang watak utama.

Tarikh Tayangan drama telah dipastikan iaitu pada 27 Mac 2017.


Profil Drama Menanti Februari TV3

Episod : 16 Episod
Pengarah : Ayie Mustafa [Patahnya Sebelah Sayap]
Idea Asal : Khairul Kiasan 
Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pelakon : Zul Ariffin, Nur Fatiya, Afiq Muiz, Riza Amin, Dato Rahim Razali, Wan Nor Azlin
Studio : Sha Media Sdn Bhd
Saluran : Slot Samarinda TV3
Tarikh Tayangan : 27 Mac 2017 

Gambar Pelakon Drama Menanti Februari 2017 TV3

Nur Fatiya dan Afiq Muiz dalam drama Menanti Februari

Nur Fatiya, Zul Ariffin dan Afiq Muiz dalam drama Menanti Februari

OST [Lagu Tema] Drama Menanti Februari 2017

- Lagu Apa Ini Cinta nyanyian Kumpulan Forteen ciptaan Edry Abdul Halim


- Lagu Sakit nyanyian kumpulan IamNeeta.

Tiada ulasan: