Belajar Buat Blog : Tips dan Rujukan


Setelah sekian lama meninggalkan peraduan, kontes atau giveaway yang dianjurkan oleh banyak pihak, tergerak hati pula nak join kontes belajar buat blog dari blogger coretananuar.com ini. Menarik kontes yang dianjurkan bersempena dengan pelancaran ebook Belajar Buat Blog.

Zaman sekarang sangat mudah untuk belajar buat blog sebenarnya kerana telah banyak blog-blog tutorial diwujudkan. Aku pun pernah buat segmen tutorial, tetapi kebanyakkan yang simple sahaja. Bukan tahap advance.

Antara tips/tutorial untuk belajar buat blog

1] ALT text pada setiap gambar yang diupload dalam entri. Sangat berguna dalam menarik trafik ke blog terutama bagi mereka yang selalu search images. Kalau dulu banyak trafik ke blog ini disebabkan gambar upin & ipin, sekarang gambar animasi Boboiboy yang banyak menjadi carian pengunjung ke blog ini.

2] Justified Perenggan Blog. Sangat penting untuk menjaga kekemasan blog anda. Pengunjung datang pun tidak merasa sakit hati atau pening kepala dengan perenggan yang bertaburan, ayat shortform dan tulisan di blog yang sekejap kecil dan sekejap besar tanpa sebarang tujuan.

3] Guna Social Media untuk promosi. Jangan sesekali lupa untuk pautkan setiap entri yang ditulis ke social media seperti facebook, twitter, pinterest dan google+. Empat ini yang selalu kami gunakan di sini, mungkin masih ada banyak social media yang boleh diaplikasikan bagi menjana lebih trafik ke blog kamu.

4] Niche Blog. Niche adalah fokus utama blog contohnya resepi, sukan, permotoran dan pelbagai lagi niche yang digunakan oleh blogger untuk menarik pengunjung. Macam blog ini sendiri menggunakan niche filem, drama dan animasi tempatan. Pelbagai info mengenai niche haruslah dijadikan keutamaan dalam pembangunan sebuah blog. 

Kalau berminat untuk untuk belajar buat blog, boleh cuba dapatkan ebook terbaru tulisan Muhamad Anuar Marsib ini. Boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam belajar lebih mendalam mengenai dunia blogging.

Ebook ini setebal 119 muka surat dan terbahagi kepada tujuh [7] bab kesemuanya iaitu;
1] Nak buat blog tentang apa? 
2] Langkah langkah buat blog dengan blogspot.
3] SEO nadi kekuatan blog
4] Buat Duit Dengan Blog
5] Rahsia buat duit dengan Affiliate
6] Rahsia buat duit melebihi 4 angka di internet
7] Rumusan dan penutup




Kontes Belajar Buat Blog ini turut disertai oleh mereka;
Cara Dapatkan Income Pasif Dari Blog [Belajar Buat Blog]

Blogging juga mampu menjana income pasif untuk kamu, terdapat ramai mereka yang berhenti kerja hanya semata kerana mahu fokus sebagai blogger sepenuh masa. Aku sendiri belum mencapat tahap tu, tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap itu. Ahahaa.

Back to Cara nak dapatkan income dari blog. Satu benda yang paling penting adalah trafik ke blog kamu. Mestilah konsisten dan mantap. Baru senang nak dapatkan client yang berminat untuk letakkan iklan diorang di blog kamu. Antara cara untuk mendapatkan income dari Blog adalah;

1] Letak Iklan. Ini cara paling mudah dan popular kerana kamu tak perlu direct client. Akan ada pihak terus direct dengan client untuk dapatkan iklan untuk korang. Contoh paling popular di Malaysia adalah Nuffnang dan Adsense. Aku sendiri menggunakan platform Nuffnang dari mula blogging sampai sekarang.

Contoh bayaran dari Nuffnang


Terdapat banyak platform seperti nuffnang dan adsense, kena cari yang paling sesuai dengan blog dan memberi pulangan yang lumayan. Boleh test dahulu dalam masa 3 bulan, kalau income tak ok jugak - tukar je kepada platform lain. Diingatkan kebanyakkan platform ini dari negara luar [US, Eropah], so kalau banyak pelawat blog dari Malaysia, dia punya impak bayaran akan berkurang atau mungkin tiada bayaran langsung. 

2] Affiliate - Daftar dan promote dan promote dan terus promote. Kena pandai jual barang. Aku memang agak fail dalam kes ini. hahaha. Tapi belajar dan terus belajar. Seronok cuba pelbagai jenis affiliate yang terdapat di dunia maya ini. Kena pandai cari produk yang berkesan dan dicari oleh ramai. Inshallah ada rezeki untuk kamu dalam bidang affiliate ini. 

3] Kontes/Giveaway - Ini yang paling menarik. Kontes adalah cara paling mudah untuk mengenali blogger lain dan berkenalan. Lagi-lagi jenis malas blogwalking macam aku ini. Dulu aku banyak join kontes, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dah banyak berkurang. Mungkin boleh mula balik, tengok hadiah pemenang sekarang pun boleh tahan best. ahaha.

Kontes/Giveaway ini penting untuk dapatkan backlink ke blog. Backlink yang baik sangat penting untuk kemajuan blog kamu. Dofollow link terutama akan effect korang punya SEO, nofollow links takde effect. Jadi dengan join kontes, memang akan dapat dofollow link secara percuma dari blog lain yang sudah hebat-hebat. Dah la menang kontes tempat pertama, tambah lagi backlink yang berkualiti - kira dua dalam satu la. Terbaik!

Terdapat banyak lagi kelebihan dalam blogging bukanlah menjana income sahaja. Semoga dunia blogging di Malaysia terus maju ye. Jom sama-sama belajar buat blog yang mampu memberi kebaikan kepada semua dan semoga berjaya kepada semua peserta kontes coretananuar.com ini.

Tips Tambahan Belajar Buat Blog

1] 6 Tips Blogging  [Entri ditulis pada 22 Oktober 2012]
2] 6 Sebab Blog Tak Disukai [Entri ditulis pada 7 Mei 2012]
3] 3 Perkara Perlu Elak Untuk Blogger [Entri ditulis pada 13 Januari 2011]
4] Tips Buat Entri berkualiti [Entri ditulis pada 21 Disember 2010]

Tengah bosan ini, aku godek entri-entri lama untuk lihat apa yang aku pernah tulis mengenai blogging. Tampal link di sini sikit untuk rujukan. Nampak benar perubahan dari segi penggunaan bahasa masa entri lama dan entri ini yang sedang ditulis. ehehe. Makin matang kan?

Aku juga dalam proses pembacaan mengenai google index page tahun 2017, which means ianya sangat berbeza untuk satu tahun, satu bulan atau satu minggu yang lepas. Perubahan index page untuk google sangat drastik dan semakin baik dari hari ke hari. Entri terbaik yang aku baca boleh dirujuk di entri dari web madlemmings.com mengenai penulisan isi SEO. Aku cuba ringkaskan disini untuk rujukan belajar buat blog;
  • Google semakin pandai - maksudnya tidak perlu menggunakan keyword secara berulang [baca: spamming] lagi untuk feed google. Just tulis entri yang memberi jawapan dan interaksi dengan pengunjung sangat penting. Satu perkara yang aku jarang buat di blog ini iaitu interaksi dengan pengunjung. Boleh cuba jawab komen-komen yang diberi dengan lebih baik untuk masa hadapan.
  • Optimize On-Page Keyword - Keyword masih penting dan mesti letak keyword pada bahagian ini untuk dapatkan SEO yang elok : URL Blog, Tajuk entri [letak kat depan], Isi kandungan entri [first 100 perkataan], Gambar [Alt text - untuk first gambar], Tulisan bold atau italic [mungkin membantu].
  • Google sukakan blog yang mesra pengguna. Ini boleh rujuk bounce rate blog masing-masing. Perlu formatkan blog agar disukai pembaca. Antara tips yang diberi adalah : Gunakan ayat yang mudah difahami dan pastikan perenggan dalam keadaan baik. Guna bullet dan numbering untuk list dan aplikasikan font yang terbaik untuk pembaca.
  • Tajuk yang baik juga penting - Untuk menarik google meletakkan blog di first page google, tajuk memainkan peranan penting. Beri tajuk yang sesuai dan tajuk viral untuk menarik klik dari pengunjung.
  • Outbound link itu penting. Selalunya kita takut untuk berikan link ke blog/web lain bagi mengikat pembaca untuk lebih masa di blog kita. Sebenarnya google ada berikan 'time credit' kepada linking pages yang akan turut effect blog SEO. Baru tahu pasal ini.
  • Panjang entri tidak effect SEO sebaliknya google akan tengok the best content. So, penulisan di blog haruslah menjawab pencarian kepada pembaca blog. Bukan harap tajuk gempak tetapi isi hampeh. Nanti tak pasal-pasal kena ban dengan google. 
Kalau kamu tak puas hati, boleh la check laman web madlemming.com itu, banyak lagi info dan maklumat berkaitan SEO dan blogging diberikan. Sangat berguna untuk belajar.

Ulasan

sabree hussin berkata…
Hmm... target keyword cerita kartun ek. Good idea. Tak pernah lagi target benda-benda macam ni :D
1001petua.com berkata…
gud luck kpd smua peserta.. SEO bkn ssuatu yg mudah tp berbaloi lau pndai.. :D

p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D
Hanafi Abdullah berkata…
menarik...penulisan yang santai dan ringkas..

semoga berjaya dalam kontest SEO belajar buat blog
Hiburan Sabah berkata…
Semoga berjaya.

Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...
TopSeoFriendly berkata…
Semoga berjaya dengan Contest SEO Belajar Buat Blog. Bukan senang orang nak bagi percuma eBook berkaitan pembelajaran tentang blog secara detail dari A sampai Z.

Semoga berjaya dalam contest ini. Peluang terbuka buat semua peserta.
Mayy Jie berkata…
Perkongsian yang bagus, semua saya ikut, kecuali satu je. Blog saya tiada specific niche, random memanjang,haha.
JebengOtai™ berkata…
semoga berjaya..hehe
Aneka Resipi berkata…
Good luck, semoga berjaya dalam kontest SEO ni
Hasrul Hassan berkata…
Terima kasih atas tips belajar buat blog yang dikongsikan. Harapnya ramai boleh ikuti tips blogging dan belajar cara betul buat blog.

Jika ikut panduan, tips, teknik yang betul, boleh jana income kerja dari rumah sahaja dengan tulis blog ni.
Adib Site berkata…
Ya nk create blog ni mmg mudah. Tapi nk kekalkan rentak berblog tu yg agak sukar. Btw, perkonsian yg menarik.
jambu batu berkata…
Nak pilih niche tu memang susah gak bro. hehehe..
JebengOtai™ berkata…
semoga berjaya..hhehe
lokman amirul berkata…
mnarik ap yg dikongsikan...
Azuan berkata…
@sabree hussin

Boleh cuba la lepas ni.
umi adam faris berkata…
terima kasih...info yang sangat berguna
kampoengilmu berkata…
Mau ikutan belajar ngeblog gimana caranya kak?

contoh surat lamaran kerja
semakkini berkata…
tq info. artikel yang sangat berinfo