Jumaat, 2 September 2016

Boboiboy Galaxy Merdeka Promo


Kita patut berbangga dengan animasi yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di Malaysia. Memang berkualiti. Ini merupakan video promosi untuk Boboiboy Galaxy yang belum ada tarikh tayangan lagi. Video ini dikeluarkan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 59.

Kalau tengok dari video ini, memang ada perubahan ketara pada karektor-karektor utama Boboiboy terutama watak Boboiboy dan Yaya. Ini kerana watak-watak ini sudah meningkat remaja. Kalau ikutkan Boboiboy Galaxy akan jump timeline dua hingga tiga tahun selepas kisah dalam Boboiboy the Movie. Baca 7 fakta menarik mengenai Boboiboy - Pautan.

Dalam video promosi Boboiboy Galaxy ini, Adudu yang kembali jahat dalam musim ketiga masih lagi membuat kacau dengan bantuan robot kesayangan beliau iaitu Probe. Macam biasa, watak hero kegemaran iaitu Boboiboy datang untuk membantu rakan-rakan dia. Watak Cikgu kebenaran mestilah ada sekali sebagai support utama kepada Boboiboy dan rakan-rakan.

Watak Fang, Ying, Yaya, Boboiboy dan Gopal dalam boboiboy galaxy.

Bila ada perubahan yang dilakukan mestilah ada yang tidak setuju, ramai juga peminat terkejut dengan perubahan watak Boboiboy dalam Boboiboy Galaxy. Ramai komen suara masih tidak matang walaupun muka dah mencapai akil baligh. Paling win! Boboiboy dah besar, Upin Ipin bila nak membesar. Hahaha. Nantikan juga filem pertama dari Malaysia yang menggabungkan watak Upin dan Ipin dengan pelakon dari dunia nyata - Pautan.

Bagi aku, aku percayakan yang Monsta akan buat terbaik untuk animasi Boboiboy Galaxy. Aku tak kisah sangat dari segi karektor asalkan sedap mata memandang. Yang utama adalah jalan cerita dan perkembangan watak. Semestinya kemunculan watak-watak baru dan kuasa yang lebih hebat amat dinantikan oleh peminat siri Boboiboy ini.

Update Perubahan Watak dalam Boboiboy Galaxy


Perubahan watak Boboiboy dalam Boboiboy Galaxy.

Animonsta dah keluarkan perubahan kepada watak utama iaitu Boboiboy.  Harap suara Boboiboy juga berubah seiring pertambahan usia ini. Ehem!


Tiada ulasan: